Ulasan filem: GHOSTBUSTERS: AFTERLIFE (Sony Pictures)

Afterlife ingin memiliki identitinya sendiri dengan berpindah dari lokasi urban new York ke kampung di Oklahoma, maka seramnya dah bersifat kekampungan seperti Stranger Things dan It (apatah lagi dengan menampilkan pelakon-pelakon muda). Ia menjerat peminat filem asalnya dengan nostalgia dan Easter-egg disumbat bagai angin lalu. Ghostbusters yang dulunya penuh lawak dewasa Bill Murray, kini meneroka daerah Amblin, semacam memberitahu gen Z dari mana Stranger Things mendapat ilhamnya.

Rate: 6/10

Sambungan kepada dua filem “Ghostbusters” tahun 80-an, kali ini mengetengahkan seorang budak lelaki dan seorang budak perempuan. Setelah diusir dari rumah mereka, kedua-dua beradik itu bersama ibu mereka berpindah ke sebuah rumah di Summerville, Oklahoma, yang diwariskan oleh datuk mereka. Selepas beberapa kejadian gempa bumi misteri berlaku di bandar itu, mereka mendapat tahu tentang kaitan mereka dengan ‘ghostbusters’ dan legasi rahsia peninggalan datuk mereka.

Pelakon: Carrie Coon, Finn Wolfhard, Mckenna Grace, Annie Potts, Paul Rudd, Bill Murray, Dan Aykroyd, Ernie Hudson, Sigourney Weaver
Pengarah: Jason Reitman
Pengedar: Sony Pictures

Telah ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 2 Disember 2021.

Leave a comment