Destinasi beli-belah yang dirumus untuk mencetus inspirasi dan mendukung komuniti sukan tempatan
Kuala Lumpur, 16 December 2021 – SUTL Sportsland, sebuah syarikat usaha sama milik SUTL Global Pte Ltd (“SUTL Global”) telah melancarkan kedai konsep Nike Rise susulan penaiktarafan outlet Nike miliknya di pusat beli-belah Pavilion. Disebut sebagai kedai yang terbesar di ibu kota, Nike Pavilion menampilkan aneka produk yang dapat mencetus ilham buat ahli SUTL Life, para keluarga dan komuniti tempatan untuk menjadikan kegiatan sukan sebagai amalan harian.
Diperkasakan dengan perkhidmatan keahlian bertaraf premium yang menggandingkan pengalaman serba imersif di dalam kedainya seperti akses awal ke atas keluaran eksklusif, termasuk pelancaran, acara, serta personalisasi berpandukan data, kedai Nike terbaharu ini membawakan pelbagai produk khas dan tawaran bermusim buat golongan lelaki, wanita, serta kanak-kanak. Dan dengan meningkatnya perhatian pengguna terhadap aspek prestasi, pembeli-belah juga boleh mencuba kasut pilihan masing-masing menggunakan treadmil yang disediakan sebelum membuat pembelian.
Pembaharuan fokus terhadap kaum hawa juga menawarkan pembeli-belah wanita pelbagai koleksi kasut dan pakaian untuk tarian, kecergasan, aktiviti berlari, yoga dan pakaian siar, termasuk perkhidmatan pakar seperti penyedangan (fitting) baju dalam dan penggayaan peribadi oleh para atlet serta pakar kategori yang bertugas di outlet tersebut.

Untuk menzahirkan sebuah pengalaman kepenggunaan yang lancar, Nike Pavilion menawarkan perkhidmatan janji temu bagi pengguna yang ingin datang ke kedai untuk membeli-belah, di samping penghantaran ke rumah serta perkhidmatan ambil lalu yang membolehkan pengguna mengambil barangan pembelian mereka di tempat yang disediakan di dalam pusat beli-belah berkenaan.
Berpegang kepada konsep Nike Rise, Nike Pavilion telah merungkaikan sebuah siri ilustrasi Nike By You yang dihasilkan oleh seorang artis tempatan, Shu Yee. Ilustrasi unik tersebut, yang melambangkan makanan kegemaran rakyat Malaysia seperti Roti Canai, Durian dan Teh Tarik, kini disediakan buat ahli Nike yang ingin memperibadikan kemeja-T dan beg tote mereka.
“Nike Pavilion bukan sekadar ruang retail yang anda biasa kunjungi. Outlet ini telah dikonsepsikan dengan teliti menggunakan berbilang titik sentuhan yang menawarkan pengalaman Nike yang benar-benar imersif. Ketersediaan staf yang arif, perkhidmatan keahlian, produk-produk khas dan banyak lagi tarikan yang lain mencetus inspirasi buat para peminat sukan, sekali gus mengutuhkan lagi hubungan dengan komuniti tempatan, hatta barisan produk yang terbaik juga dapat disediakan untuk memenuhi keperluan setiap individu,” jelas Tarundeep Singh, Pengarah Kanan Kedai Nike, Asia Tenggara & India.
Tambah Singh: “Konsep kedai ini mencerminkan suasana kota Kuala Lumpur menerusi reka bentuknya. Kami berharap ia akan menjadi destinasi sukan buat semua golongan, bagi mereka yang meminati sukan, aktiviti kecergasan, ataupun gaya hidup aktif.”
En. Arthur Tay, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif SUTL Global, berkongsi: “Pembukaan Nike Pavilion di Kuala Lumpur menandakan satu lagi kejayaan SUTL sebagai pengedar barangan pengguna dan gaya hidup yang terkemuka di Asia.”
Tambah beliau: “Kami percaya konsep Nike Rise akan menaik taraf pengalaman pengguna, turut menambah seri di semua kedai Nike yang dioperasikan oleh SUTL. Meskipun berhadapan dengan situasi yang berbeza dalam pentas peruncitan ketika pandemik, kami percaya usaha bersepadu kami untuk mentransformasikan gaya hidup sukan dengan memberi penekanan yang tinggi terhadap kesihatan dan kesejahteraan peribadi pasti akan membuahkan kejayaan dalam suatu bentuk.”
Nike Pavilion terletak di Lot No. C5.03.00, Aras 5, Pavilion 168, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, 55100. SUTL Global merupakan salah sebuah syarikat barangan pengguna dan perkhidmatan gaya hidup berpemilikan swasta yang terkemuka dari Singapura, dan ia merupakan operator yang mengusahakan outlet Nike sahaja di Singapura dan Malaysia.
