Spider-Man: No Way Home, filem ketiga lakonan Tom Holland terbitan Sony Pictures, berjaya menjadi sebuah karya yang bukan sahaja menghiburkan, malah mencipta penanda aras baharu dalam dunia Marvel. Diibaratkan seperti ‘Gegar Vaganza’ versi Marvel, filem ini membawa kembali pelakon-pelakon ikonik dari francais Spider-Man sebelum ini, membangkitkan rasa nostalgia yang cukup mendalam dalam kalangan peminat.
Dengan adunan bijak antara trivia, kejutan dan momen-momen sentimental, No Way Home bukan sekadar aksi hebat semata-mata. Ia menyentuh emosi penonton, mengimbau kembali memori zaman kegemilangan Spider-Man terdahulu, sekaligus menjadikan pengalaman menonton lebih berkesan dan bermakna.
Sarat dengan kejutan yang dirahsiakan rapi sebelum tayangan, filem ini juga membuktikan kekuatan naratif dan keberanian Marvel dalam menggabungkan pelbagai generasi pahlawan labah-labah dalam satu filem, tanpa rasa janggal.
Keseluruhannya, Spider-Man: No Way Home adalah sebuah penghormatan yang sempurna kepada legasi Spider-Man, penuh emosi, kejutan, dan keseronokan — satu pengalaman wajib tonton untuk semua peminat Marvel.
Penilaian: 9/10

Tom Holland kembali menjayakan watak adiwira ini menerusi filem ketiga Spider-Man dalam Alam Sinematik Marvel. Ia adalah sambungan kepada “Spider-Man: Homecoming” (2017) dan “Spider-Man: Far from Home” (2019).
Pelakon: Tom Holland, Zendaya, Jacob Batalon, Benedict Cumberbatch, Jon Favreau, Marisa Tomei
Pengarah: Jon Watts
Pengedar: Sony Pictures
Di pawagam seluruh Malaysia mulai 16 Disember 2021.
