Setelah hampir 20 tahun, akhirnya kita akan dapat menikmati sekuel kepada trilogi The Matrix dengan ketibaan The Matrix Resurrections bermula 22 Disember 2021 edaran Warner Bros. Pictures.
Sebelum itu, kita recap detail termasuk plot-plot penting dalam siri filem Matrix sebelumnya:

PELAKON-PELAKON DAN WATAK-WATAK YANG AKAN KEMBALI (ATAU TIDAK) DALAM THE MATRIX RESURRECTIONS
Keanu Reeves dan Carrie Ann Moss akan kembali muncul sebagai watak asal Neo dan Trinity. Hugo Weaving ditawarkan melakonkan semula Agent Smith tapi terpaksa menolak kerana pertembungan dengan penggambaran filem yang lain. Boleh jadi watak itu akan muncul dengan muka lain. Lawrence Fishburne juga tidak kembali sebagai Morpheus (mungkin sebab watak ni dah mati dalam permainan video Matrix Online). Walaubagaimanapun Yahya Abdul-Mateen II dilaporkan sebagai penggantinya (Morpheus versi muda?) Jada Pinkett-Smith kembali sebagai Niobe. Priyanka Chopra akan menjadi watak Sathi, budak kecil yang muncul pada filem terakhir, Matrix Revolutions. Juga kembali watak The Merovingian.


THE MATRIX PERNAH ADA ENAM VERSI
The Machines sedar bahawa programnya tak sempurna, malah mereka tahu manusia akan memberontak. Kalau ingat dalam The Matrix Reloaded, The Architect beritahu Neo, Neo bukan satu-satunya The One yang akan menghapuskan The Matrix. Setiap kali Matrix musnah, sistem akan reboot semula. Cuma pada versi keenam itu, Neo memilih untuk menyelamatkan kekasihnya, Trinity.
Jadi filem terbaru ini boleh jadi versi ketujuh?

NEO MEMBUAT PERJANJIAN DENGAN THE MACHINES
Dalam filem pertama, Neo berjaya mengalahkan Agent Smith dan membunuhnya. Dalam Reloaded, Agent Smith muncul semula sebagai virus yang menjadi ancaman terhadap team Neo dan juga The Machines. Jadi dalam Revolutions, Neo membuat perjanjian dengan The Machines yang dia akan menghapuskan Agent Smith. Smith cuba menyalin dirinya pada Neo, membolehkan The Machines untuk memadam Smith dari sistem. Sebagai balasan, The Machines setuju mengadakan genjatan senjata dengan manusia, maka keamanan tercapai. Tetapi untuk berapa lama, kita tak tahu.

PERSENGKETAAN AWAL ANTARA MANUSIA DENGAN THE MACHINES
Dalam filem Animatrix, diterangkan lebih terperinci sejarah persengketaan antara manusia dengan The Machines. Bangsa mesin ni cuma bermula sebagai hamba kepada manusia. Satu kes melibatkan satu android yang terlibat dalam pembunuhan tuannya memulakan kebencian manusia terhadap mesin. Mesin cuba berdamai dengan manusia, tetapi manusia bertindak menyerang bandar mereka, Zero One. Akhirnya, peperangan berlaku di mana manusia kalah teruk kepada mesin dan kebanyakan manusia digunakan sebagai bateri untuk memberi tenaga kepada mesin. Manusia-manusia ini dibius dan hidup dalam dunia virtual reality dipanggil Matrix. Manakala manusia yang terselamat hidup dalam bandar terakhir manusia, Zion.

ORACLE PERNAH RAMALKAN NEO AKAN KEMBALI
Kali terakhir kita jumpa Neo, dia buta akibat tindakan Bane (Agent Smith). Selepas mengalahkan Agent Smith, Neo dilihat dibawa ke dalam Machine City (mati?)
DAN AKHIR SEKALI… follow the white rabbit..
The Matrix Resurrections kini telah mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.
Kredit: Khamall Amri @ group Movie Addict MY

