Ulasan filem THE FRENCH DISPATCH (Walt Disney Pictures)

“One way to tell if a modern artist actually knows what he’s doing is to get him to paint you a horse or a flower or a sinking battleship or something that’s actually supposed to look like the thing that it’s supposed to look like.”

“Self-reflection is a vice best conducted in private or not at all.”

Visual tentang tiga cerita terpilih yang pernah disiarkan oleh surat khabar fiksyen The French Dispatch. Ianya penghormatan visual menarik terhadap majalah New Yorker.

Cerita yang pertama adalah tentang seorang pelukis agung bernama Moses Rosethanler yang ditahan di dalam institusi mental. Moses melukis sepanjang hidupnya, sebelum ditahan lukisannya sangat cantik dan tampak nyata seperti realiti.

Semua itu berubah apabila dia ditangkap dan ditahan seumur hidup. Lukisannya menjadi buruk ketika di dalam tahanan.

Dan pada satu hari, ada seseorang datang melihat lukisannya yang itu dan meminta untuk membeli lukisan tersebut. Moses mahu menjual lukisan tersebut dengan hanya 70 kotak rokok sahaja. Orang tersebut menolak harga tidak masuk akal Moses tersebut. Orang tersebut kemudian membayar Moses sebanyak suku juta dollar lebih kurang, itu pun di bawah harga sebenar.

Dan kemudian orang tersebut menggilap Moses sehingga Moses dapat membuat karya teragungnya di dalam tahanan.

Cerita kedua tentang dua pelajar universiti yang suka berpolitik.

Cerita ketiga tentang seorang ketua polis dan anaknya berumur enam tahun yang genius dalam penyiasatan.

Seperti The Ballads Of Buster Scrugg, filem ini punya beberapa cerita berbeza di persekitaran yang sama. 

Ia dimulakan dengan cerita si pelukis agung. Olahan cerita pertama sangat bagus hingga membuatkan cerita kedua dan ketiga seakan hilang jiwanya. 

Alangkah bagusnya cerita tentang si pelukis agung tersebut menjadi ‘stand alone’ sahaja. Bagus bukan kerana Simone, ya, ( kau akan faham setelah tonton cerita pertama). Tapi ianya sangat ‘fun’, perjalanan Moses tu sangat dekat dengan penonton. Susah nak buang visual Moses (dan tentunya Simone) tu bila tonton cerita kedua dan ketiga.

Secara keseluruhan, The French Dispatch masih dalam kekuasaan Wes Anderson dan tidak bosan diulang tonton.

Lakonan: Benicio del Toro, Adrien Brody, Alex Lawther, Mathieu Almaric, Frances McDormand, Timothee Chalamet, Christoph Waltz dan ramai lagi.
Tarikh tayang: 6 Januari 2022
Genre: Komedi / Drama
Pengedar: Walt Disney Pictures

P/s: Terima kasih buat pihak Walt Disney dan GSC Cinemas untuk senaskhah majalah French Dispatch dalam bentuk fizikal buat pihak media yang mengandungi info-info dalam bentuk artikel serta foto-foto dari filemnya.

Leave a comment