Konsert Todak Music & Friends tampilkan Shiha Zikir, Bunga Isme, Gerhana Ska Cinta, Fadh Majid dan ramai lagi

Nama Todak Music kini tidak lagi asing di dalam industri hiburan tanah. Kali ini buat julung kalinya Todak Music melalui syarikat induknya Todak Fusion Sdn Bhd akan menganjurkan sebuah konsert Todak Music & Friends. Bertemakan Revolusi industri muzik tanahair, showcase ini akan memaparkan perubahan revolusi industri muzik Malaysia sepaniang zaman. Konsert Todak Music & Friends ini disokong oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia melalui My Creative Ventures dan Penjana. Konsert ini juga mendapat kepercayaan penaja strategik kami, Profitto Bussiness Solution Sdn Bhd.

Menurut En Ikmal Fareeq Ketua Pegawai Eksekutif Todak Fusion Sdn Bhd yang juga bertindak sebagai Pengarah Persembahan bagi konsert Todak Music & Friends. “Pihak kami amat komited dalam membawa perubahan di dalam industri muzik tanah air. Setelah hampir dua tahun industri muzik tanah air bergelut bagi meneruskan kelangsungan hidup berikutan wabak pandemik Covid-19, telah tiba masanya bagi semua pihak untuk bekeriasama bagi memeriahkan kemball industri seni tanahair.

Penganjuran konsert ini adalah salah satu langkah bagi memberi pendedahan semula kepada penggiat seni seperti tenaga kreatif,  tenaga produksi, penerbit dan barisan artis sendiri dapat aktif berkarya dan berhubung semula bersama penonton melalui gans panduan yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara. Ini juga bagi memberi keseimbangan semula kepada penerbitan kandungan melalui platform digital dan juga melalui persembahan secara langsung dan sedikit sebanyak memberi nafas semula kepada ‘live events’.

Diharap dengan penganjuran konsert ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak terutamanya barisan artis yang terlibat, tenaga kerja belakang tabir dan juga memberi inspirasi kepada barisan penerbit di luar sana untuk terus melahirkan kepelbagian acara seni”. Tambah En Ikmal Fareeq, “Sejajar dengan misi Todak Music, pada penganjuran konsert kali ini penonton akan dihidangkan dengan persembahan oleh artis-artis terlibat di samping persembahan visual melalui segmen-segmen era muzik tanahair dan yang paling unik, penonton bakal dipersembahkan dengan kepelbagian genre muzik yang berbeza termasuk tradisional.”

Showcase ini bakal diadakan pada 5 Februari 2022 yang akan berlangsung di Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC), Petaling Jaya dan akan membawakan para penggiat seni seperti Shiha Zikir,  Bunga Isme, Gerhana Ska Cinta, Fadh Majid dan ramai lagi.

Barisan artis: Shiha Zikir, Fahd Majid, Razak A’ai, Dina Nasz, Kay Khydir, Gerhana Ska Cinta, Muzza, Bunga Isme  & Luqman Podolski, No Noise Percussion.

Leave a comment