QR Code Hari Usahawan Negara 2022

Orang ramai boleh mendapatkan informasi tentang Hari Usahawan Negara 2022 (HUN 2022) dengan mudah dan cepat menggunakan pengimbas kod QR (QR Code).

Kaedah digital ini sangat praktikal kerana ia menyediakan laluan pantas dan pintar dalam menghubungkan usahawan, pengunjung dan juga pihak penganjur.

Sehubungan itu, sempena penganjuran HUN 2022, (24 hingga 28 Mac 2022) orang ramai berpeluang menjadi keluarga HUN 2022 dan ahli Dewan Perniagaan Usahawan Kecil Malaysia (DPUKM) selama setahun dengan hanya membuat pembayaran serendah RM50.

Kebiasaannya untuk menjadi ahli DPUKM, yuran yang dikenakan adalah RM150 setahun untuk setiap individu.

Terdapat banyak kelebihan apabila menjadi keluarga HUN 2022 dan ahli DPUKM.

Selain memperoleh baucar diskaun untuk pelbagai barangan yang dijual pada acara HUN 2022, mereka juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik dalam acara cabutan bertuah.

Walau bagaimanapun, orang ramai boleh membuat pilihan sama ada untuk menjadi keluarga HUN 2022 atau pengunjung biasa (percuma) ketika membuat imbasan QR Code tersebut.

Leave a comment