Poster rasmi konsert KEMBARA didedahkan. Konsert yang dinamakan Kembara: Konsert Panorama Jingga 1444 Hijrah ini menampilkan Kembara dengan line up yang dibarisi oleh Dato’ M.Nasir (vokal), Zoul (gitar utama, vokal), Rahman Suri (bass), Shahrum Basiron (dram) dan Md Shah Othman (keyboard) yang mengheret penonton ke suatu dimensi masa bersama lagu-lagu berjiwa besar mereka.
Kembara: Konsert Panorama Jingga 1444 Hijrah akan memberikan sebuah persembahan yang bertenaga dengan untaian lagu-lagu mereka yang cukup nostalgik dan ikonik untuk para peminat Kembara!
Konsert ini bakal diadakan pada 31 Julai 2022, 8.30 malam di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dengan pengumuman pembelian tiket akan diberitahu kelak. Nantikan.

