TARIKH TAYANGAN: 25 Ogos 2022
PENGARAH: Zulkarnain Azhar, Frank See
PELAKON: Aiman Hakim Redza, Dato’ Adi Putra, Nas-T, Luqman Hafidz, Johan As’ari
SINOPSIS: Filem ini mengisahkan Kapten Adib dan Major Adnan bersama skuadnya yang terlibat di dalam misi bantuan kemanusiaan di Namburi, sebuah negara yang sedang dalam pergolakan. Di dalam perjalanan pulang ke Malaysia, pesawat mereka telah ditembak jatuh oleh pengganas. Mengetahui perkembangan ini, Tentera Udara Diraja Malaysia telah mengarahkan misi untuk menyelamatkan mereka semua. Zafran, abang ipar kepada Adib dan juga seorang pilot SUKHOI berusaha untuk menyelamatkan mereka. Demi keselamatan bersama, mereka harus berkorban dan berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir.

