Channel YouTube Lofi Girl melaporkan di Twitter dua video mereka telah diturunkan dari platform YouTube kerana telah menerima ‘copyright strike’. Salah satu video ini yang telah distrim sejak dua tahun lalu menerima lebih 600 juta tontonan. Pihak YouTube bagaimanapun memohon maaf kerana penurunan video ini ialah kesilapan mereka dan memastikan video-video ini akan dinaikkan semula.
Ok, part ini menarik sikit. Mengikut copyright strike yang diterima Lofi Girl, ianya kerana mereka menggunakan bahan (rasanya lagu) yang merupakan hakcipta milik FMC Music Sdn Bhd Malaysia. Lagu siapa yang dia pakai tu kalau copyright strike ni memang betul? Atau ia satu bentuk sabotaj?
Lofi Girl ialah satu channel YouTube yang berupa playlist seleksi beat-beat lofi hip hop royalty free yang mana pengunjung channel ini sering lawati untuk mendengar lagu yang menaikkan mood mereka ketika sedang belajar atau berkerja.
