HENRY ROLLINS UMUMKAN TARIKH BARU GOOD TO SEE YOU 2022 TOUR

TIKET MULA DIJUAL KHAMIS, 4 OGOS, JAM 10 PAGI

Pemuzik, penulis, artis tutur kata, pelakon, penyampai MTV (entah wujud lagi ke tak tugas ini) dan yang lebih penting, atuk punk – Henry Rollins bakal datang ke Kuala Lumpur sebagai sebahagian dari siri jelajah spoken word Good To See You 2022 Tour. Tiket akan mula dijual mulai 4 Ogos 2022 pukul 10 pagi, manakala prajualan mula dibuka seawal 2 Ogos, 10 pagi di aplikasi tiket Golive Asia. Info lanjut layari www.livenation.my

The Washington Post memanggilnya: “Rollins is many things. Diatribist, confessor, provocateur, humorist, even motivational speaker… his is an enthusiastic and engaging chatter,” Entertainment Weekly menyenaraikan Rollins sebagai “Punk Rock icon. Spoken word poet. Actor. Author. DJ. Is there anything this guy can’t do?” manakala TV Guide memanggilnya “Renaissance Man”. Jika tidak merantau ke serata dunia, jadual Rollins sentiasa penuh dengan pelbagai gig sebagai pelakon, penulis, DJ, artis voice-over dan hos TV. Rasa ingin tahunya pada dunia telah membawanya ke segala ceruk alam seperti Nepal, Sri Lanka, Siberia, Korea Utara, Sudan dan Iran samada sebagai frontman Black Flag dan Rollins Band, sebagai artis tutur kata atau sebagai pengembara.

HENRY ROLLINS : GOOD TO SEE YOU 2022 TOUR

Maklumat tiket:
Tarikh dan masa: Ahad, 23 Oktober 2022, 8.30 malam
Tempat:
KL Plenary Theatre, Kuala Lumpur Convention Centre
Harga tiket:
CAT 1 : RM288
CAT 2 : RM258

Online: www.golive-asia.com
Promoter: Live Nation Malaysia

Info lanjut, layari: www.livenation.my / www.golive-asia.com / aplikasi tiket golive
Ikuti Henry Rollins di:
Instagram – @henryandheidi
Twitter – @henryrollins
Facebook – Henry Rollins (2.13.61)

Leave a comment