Macam biasa, siapa yang dah kenal Minions dari tiga filem Despicable Me akan kenal watak tuannya yang dipanggil Gru. Kali ini hanya mengisahkan Gru yang masih muda di mana dia teringin nak jadi jahat dan menjadi ahli kumpulan jahat yang digelar Vicious Six.
Plot simple, seronok untuk ditonton. Tak tau aku silap dengar atau tak tapi dalam filem ni, Minions ada menyebut ucapan dalam Bahasa Melayu iaitu “nasi goreng, kicap manis”.
Babak klimaks pertarungannya ada vibe One Piece sikit pada kuasa villain.
Rating: 8/10

Tarikh tayang: 30 Jun 2022
Genre: Aninasi
Pengedar: United International Pictures
Pelakon: Steve Carell, Taraji P. Henson, Michelle Yeoh, RZA, Jean-Claude Van Damme, Lucy Lawless, Dolph Lundgren, Danny Trejo, Russell Brand, Julie Andrews, Alan Arkin
Pengarah: Kyle Balda
Kredit: Shazwan Khalid @ group Movie Addict MY
