Filem ABANG LONG FADIL 3 Bakal Gegar Pawagam Malaysia, Singapura dan Brunei Mulai 8 September 2022


Petaling Jaya, 2 Ogos 2022 – Francais komedi aksi ‘blockbuster’ no 1 Malaysia, Abang Long Fadil bakal menggegarkan pawagam Malaysia, Singapura, Brunei dengan sekuel terbarunya, Abang Long Fadil 3 mulai 8 September 2022. Filem terbitan oleh penerbit gergasi tanah air, Skop Productions dan Astro Shaw ini menjanjikan lebih padat aksi memukau, komedi pecah perut, barisan pelakon terkenal serta kualiti produksi yang boleh dibanggakan.

Abang Long Fadil 3 sekali lagi mendapat sentuhan dan idea asal oleh pengarah cukup berkaliber, Syafiq Yusof. Syafiq amat terkenal dengan filem-filem pecah panggung dan digelarkan sebagai pengarah yang sukakan tampilkan ‘twist’’ plot seperti Abang Long Fadil, Misteri Dilaila, KL Special Force, dan Penunggang Agama.

Antara kekuatan dan kelainan dalam Abang Long Fadil 3 adalah comeback kumpulan JOZAN, Zizan Razak dan Johan selepas setengah dekad. Selain Zizan dan Johan, ia turut dibintangi pelakon-pelakon terkenal seperti Elizabeth Tan, Maya Karin, Dato AC Mizal, Shuib, Kazar, Ozlyn Wati, Tania Hudson, Joey Daud, Jay Iswazir, Daniella Sha, Khir Rahman, dan Siraj.

Filem Abang Long Fadil 3 akan mengadakan sesi jelajah yang turut dimeriahkan dengan barisan pelakon pada 9, 10, 11 September,  di Selatan dan pada 16, 17, 18 September di Utara. Untuk maklumat selanjutnya mengenai jelajah ini boleh ikuti Instagram, Twitter, dan Facebook rasmi Astro Shaw.

Manakala OST bagi filem Abang Long Fadil 3 adalah ‘Payung’ nyanyian Zizan Razak bersama Elizabeth Tan. Buat peminat boleh turut serta dalam dance challenge lagu Payung di platform TikTok dan buat peminat bertuah yang terpilih berpeluang untuk hadir ke majlis Mega Fans Screening Abang Long Fadil 3 pada 7 Ogos nanti.

Filem ini juga telah mendapat tajaan daripada KLCC selaku penaja lokasi bagi Malam Gala Abang Long Fadil 3 di kawasan Esplanade dan di selaras bersama TGV Cinemas. Selain itu, Suria KLCC turut menaja melalui platform promosi LED Skrin di Concourse, digital outdoor screen di Pintu Masuk Ampang, papan tanda digital di sekitar mall Suria KLCC, perkongsian promosi di media sosial dan eDMs (mesej elektronik melalui emel).

Filem Abang Long Fadil 3 menyaksikan Fadil kembali dengan misi terbaru yang lebih berprofil tinggi. Fadil perlu menjatuhkan konspirasi jahat Chow Han, namun dalam pada yang sama Fadil diburu oleh King Cobra atas dendam dahulu.

Nantikan filem yang bakal mengulangi fenomena pecah panggung, Abang Long Fadil 3, di pawagam seluruh Malaysia, Brunei, Singapura bermula 8 September ini. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik filem ini di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak.

Leave a comment