Ya lah, takkan habis takat episod 10 je, kan? Macam tak cukup je. Siri terbaru DC Comics/Netflix, The Sandman telah ditambah satu episod tambahan menjadikan musim pertama ini sebanyak 11 episod secara keseluruhannya selepas dua minggu siri ini mula ditayangkan.

Episod kesebelas yang bertajuk “A Dream of A Thousand Cats/Calliope” ini dipadan dari dua volum novel grafik The Sandman dengan nama yang sama yang pernah diterbitkan pada tahun 1990. Ia memperkenalkan watak Calliope, dewi Yunani yang menjadi kekasih Dream/Morpheus dan bakal ibu kepada anak Morpheus iaitu Orpheus.


Sebelum ini, beberapa foto dari episod ini telah tular di internet tapi ia menjadi tanda tanya buat peminat siri The Sandman terutama yang pernah membaca novel grafiknya kerana satu watak ini mereka kenal pasti sebagai Calliope tetapi ia tidak pernah muncul dalam 10 episod asal dan membayangkan ianya diperam untuk musim kedua. Episod kesebelas ini telah mula ditayangkan di Netflix sejak 19 Ogos 2022 (pukul 3 petang waktu Malaysia).
