Tawaran Hebat September Bersama ShopeePay dan ShopeeFood

KUALA LUMPUR, 29 Ogos 2022 – Promosi dan jualan menakjubkan ShopeePay dan ShopeeFood bakal tiba dengan penuh debaran. Nikmati tawaran eksklusif ShopeePay Day yang berlangsung pada 1 September 2022 hanya untuk satu hari. Turut berlangsung adalah 9.9 Super Shopping Day. Dengan tawaran hebat dan baucar yang pelbagai, rakyat Malaysia akan menikmati penjimatan lebih dan keseronokan berganda apabila membeli-belah dengan ShopeePay atau memesan makanan kegemaran melalui ShopeeFood. Antara tawaran hebat yang menanti rakyat Malaysia:

ShopeePay Day (1 September 2022 SAHAJA)
Dapatkan DISKAUN sehingga 50% untuk e-Baucar
E-Baucar sememangnya memberi penjimatan lebih dan untuk satu hari sahaja, pengguna boleh mendapatkannya dengan harga yang lebih murah. Ini caranya:
– Dapatkan baucar diskaun potongan 50% eksklusif pada 12AM-2AM dan 12PM-2PM
– Potongan diskaun 30% pada waktu biasa

Satu lagi khabar gembira – baucar ini boleh digunakan apabila membeli e-baucar untuk menikmati e-baucar dengan harga yang lebih murah. Inilah baru namanya BERBALOI!

100% Pulangan Tunai Prabayar (Prepaid Cashback)
Dapatkan Pulangan Tunai 100% apabila anda membuat tambah nilai prabayar dan membuat pembayaran dengan ShopeePay. Caranya? Hanya tambah nilai minimum RM10 antara 2pm-4pm dan 6pm-8pm dan anda berpeluang mendapat pulangan tunai RM10.

Transfer & Win 999,999 Shopee Coins (1.9)
Lakukan satu pemindahan atas talian dengan ShopeePay dan rebut peluang untuk memenangi sehingga 999,999 Shopee Coins Ya, hanya semudah itu! Untuk maklumat lanjut mengenai ShopeePay Day, layari https://shopee.com.my/m/shopeepayday

Nantikan / Countdown to 9.9 Super Shopping Day
ShopeePay 9.9 Transfer and Win Big (09.09.2022, 18.09.2022 dan 25.09.2022)
Berikut adalah beberapa cara untuk mendapatkan lebih nilai dengan e-Dompet atau e-Wallet ShopeePay anda semasa 9.9 Super Shopping Day:
– Pindah wang dan menangi sehingga 999,999 Shopee Coins
– HantarAng Bao kepada 50 Rakan dan Dapatkan RM15*
– Dapatkan Pulangan Tunai sehingga RM5 apabila anda menerima Pindahan DuitNow dengan minimum RM10*

ShopeeFood 9.9 Super Deals (09.09.2022)
Buat SATU hari sahaja, nikmati tawaran hebat dengan 9.9 ShopeeFood Super Deals. Berikut adalah tiga tawaran istimewa yang berbaloi untuk dinantikan!
– Tawaran Super Deals sehingga 50% diskaun. Ayuh menjamu selera dengan rakan penjual kami: US Pizza, A&W, Kenny Rogers Roasters, Bask Bear Coffee, Subway, Old Town White Coffee, Tealive dan banyak lagi!
– Penghantaran percuma untuk SEMUA pesanan makanan anda dengan perbelanjaan minimum RM15
– Shocking Sale hanya dengan harga RM9. Jangan lupa untuk menyemak aplikasi ShopeeFood anda pada hari tersebut

Akhir sekali, bersedialah untuk 12AM Midnight Madness untuk merebut tawaran RM9 Knockout Deals, 95% diskaun 9.9 Only Deals, dan nikmati banyak lagi baucar diskaun 95% tanpa perbelanjaan minimum di platform e-dagang terkemuka ini. Banyak lagi menanti anda untuk penjimatan hebat!

Leave a comment