TARIKH DAN TEMPAT KONSERT BARBARIK: PENTAS KERAS (MUSS & JO BRANKO) DIDEDAHKAN

Konsert Barbarik yang menampilkan Muss (ex-May) dan Jo Branko kini telah menemui pentasnya. Penganjur Anggerik Event Sdn Bhd telah menetapkan konsert yang bakal berlangsung pada Sabtu, 24 Disember 2022 ini akan diadakan di ZEPP Kuala Lumpur pada jam 8.45 malam.

Tiket Konsert “BARBARIK : PENTAS KERAS” akan mula dijual pada Rabu, 7 September 2022 mulai jam 2.00 petang melalui ejen rasmi tiket atas talian www.ticket2u.com.my

Layari Facebook rasmi mereka: Barbarik – Pentas Keras.

Leave a comment