BERMULA 22 SEPTEMBER “6 Anak Muda, 1 Lukisan, 1 Rompakan Terbesar Abad ini”
Petaling Jaya, 14 September 2022 — Filem aksi heist terbaik Indonesia tahun ini, MENCURI RADEN SALEH kini temui penonton Malaysia di seluruh pawagam tanah air bermula 22 September. Filem terbitan Visinema Pictures, Jagartha, Blibli dengan kerjasama Astro Shaw telah ditayangkan di Indonesia pada 25 Ogos lalu dan berjaya meraih kutipan lebih 1.2 juta penonton dalam tempoh kurang satu minggu tayangan.
Mencuri Raden Saleh yang telah mencapai 2 juta tontonan di Indonesia adalah sebuah filem aksi heist mengenai sekumpulan remaja merancang untuk melakukan rompakan terbesar abad ini dan penuh plot twist mendebarkan.



Kekuatan filem Mencuri Raden Saleh bukan hanya pada jalan cerita yang segar dan sarat dengan babak aksi mendebarkan, tetapi turut mengetengahkan kisah golongan gen-Z yang dijayakan oleh barisan pelakon muda yang telah mengukir nama menerusi filem-filem box office Indonesia seperti Iqbaal Ramadhan (pelakon filem no 1 genre romantik drama Indonesia, filem Dilan), Angga Yunanda (Habibie & Ainun 3), Aghniny Haque (filem no 1 paling laris Indonesia, KKN di Desa Penari), Rachel Amanda (Dua Garis Biru), Umay Shahab (Danur 3) dan Ari irham (Generasi 90an : Melankolia).
Saksikan filem aksi heist, Mencuri Raden Saleh di pawagam seluruh Malaysia bermula 22 September ini. Gunakan #MencuriRadenSaleh dan #FilmMencuriRadenSaleh di platform media sosial bagi berkongsi reaksi anda mengenai filem ini.

Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik filem ini di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw dan Astro Gernpak.
