TARIKH DAN TEMPAT ROCK THE WORLD DIUMUMKAN

Setelah hilang dari radar sejak 5 tahun yang lalu, festival muzik tempatan yang banyak mengangkat band-band indie tanahair iaitu Rock The World kini kembali dan penganjurnya telah mengumumkan tempat dan tarikhnya iaitu pada 12 November 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Maklumat lanjut yang lebih penting iaitu band-band yang bakal bermain di pentas Rock The World bakal diumumkan kelak di media sosial Rock The World Festival dan laman sesawang rasmi mereka http://www.rocktheworldfest.com.

Tapi yang lebih penting lagi, ingat Stadium Nasional, ingat-ingatlah untuk bawa teropong.

Leave a comment