PROJEK: HIGH COUNCIL, SIRI ASTRO ORIGINALS BONGKAR KEGIATAN GENGSTERISME DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH YANG PERNAH MENGGEMPARKAN NEGARA

Diinspirasikan daripada kisah benar kegiatan buli, diskriminasi dan perkauman dalam kalangan pelajar sekolah berasrama penuh.

Kuala Lumpur, 10 Januari 2023 — Selepas kejayaan drama ‘One Cent Thief’ dan ‘Kudeta’, Astro Originals terus mengorak langkah bagi tahun 2023 menerusi sebuah drama siri premium terbaru iaitu High Council bermula 14 Januari melalui platform strim Astro On Demand atau Astro Go dan di saluran linear, Astro Citra saluran 108 bermula 23 Januari, setiap Isnin, jam 9 .00 malam.

Menariknya, drama premium High Council mempersembahkah sebuah kisah fiksyen yang diinspirasikan daripada kisah benar yang pernah terjadi di Malaysia. Negara pernah digemparkan dengan isu kumpulan gengsterism ‘High Council’ di sebuah sekolah berasrama penuh dan isu tersebut menjadi fenomena apabila melibatkan satu kumpulan pelajar yang berkuasa menjalankan aktiviti salah laku termasuk dalam aktiviti membuli pelajar. Berdasarkan maklumat, budaya High Council ini telah wujud sejak tahun 1992 dan kegiatan seperti ini tidak berlaku dalam satu sekolah sahaja.

High Council yang merupakan francais “Projek” selepas drama premium popular, Projek Anchor SPM (2020) berkisarkan tentang dua beradik, Fakri dan Naim yang telah terpisah sejak mereka masih kanak-kanak dan bertemu semula di KUDRAT, sebuah sekolah asrama berprestij tinggi. Mereka berdua memasuki gelanggang “Pilihanraya”, sebuah pertandingan tradisi yang dilangsungkan secara sulit dan diseliakan oleh “High Council”. Pemenang “Pilihanraya” akan dianggap sebagai pelajar paling berkuasa di KUDRAT.

Jika terdahulu, francais Projek: Anchor SPM mempersembahkan sisi-sisi ideal kehidupan di sekolah berasrama; High Council pula tidak segan membongkarkan aspek-aspek gelap yang sehingga kini, menjadi realiti sebahagian besar peiajar-pelajar sekolah berasrama.

Projek: High Council
Episod: 10
Tarikh Tayangan: 2022
Rangkaian: Astro Ria (Astro Originals)
Penulis Skrip: Anwari Ashraf
Pengarah: Anwari Ashraf & Zulaikha Zakaria
Produksi: Pasal Productions Sdn Bhd
Pelakon: Nadhir Nasar, Daiyan Trisha, Mierul Aiman, Amir Ahnaf, Naim Daniel, Kahoe Han, Shasha Abedul, Ameer Asyraf, Yusof Hashim, Fazziq Muqris, Sathis Varan, Fadhli Masoot, Hazeeq Dean, Nik Rifaie, Fikri Azmy, Azhar Sulaiman, Sazzy Falak, Hasnul Rahmat, Aida Aris

Trailer:

OST – Firdaus Rahmat – “Test Drive”

Leave a comment