AKAN DATANG: SPECIAL FORCE: ANARCHY DARI SYAFIQ YUSOF

Disney+ Hotstar mengumumkan siri original pertama dari Malaysia “Special Force: Anarchy” diinspirasikan oleh filem aksi popular 2018 Malaysia, ‘KL Special Force’, drama siri aksi terbaharu ini diterbitkan oleh Skop Production, di bawah arahan Syafiq Yusof dan dibintangi oleh barisan artis tersohor, Puteri Aishah, Dato’ M. Nasir dan Yusuf Bahrin.

Mengikuti perjalanan Iman (Puteri Aishah), seorang pegawai polis muda, bersemangat tinggi, dari sebuah negara fiksyen, Tenggara.

Tanpa diduga, siasatan yang dilakukan terhadap satu rompakan bank terancang, bukan sahaja telah mempertemukannya dengan kumpulan bawah tanah berbahaya, tetapi juga telah membuka sebuah rahsia besar yang mampu mengubah segalanya!

Sebagai seorang pegawai polis cemerlang yang serba boleh, Iman direkrut untuk menyertai satu pasukan anti-rasuah elit khas yang diketuai oleh bapanya sendiri, Komander Qabil (Hasnul Rahmat).

Ditubuhkan khas untuk menyelesaikan kes jenayah paling berbahaya, penyertaan Iman telah membantu pasukan itu membongkar rancangan rompakan di Bank Tenggara oleh geng penjenayah ganas yang dikenali sebagai Azazel. Kumpulan pengganas ini diketuai oleh seorang lelaki bernama Umar (Dato’ M. Nasir).

Trailer:

Tonton mulai 14 Januari 2023 di saluran Disney+ Hotstar.

Leave a comment