PRETTY UGLY 21 ANNIVERSARY LIVE AT THE PADDOCK

Band Pretty Ugly akan mengadakan konsert sempena ulangtahun ke-21 dengan seleksi lagu-lagu yang membentuk perjalanan karier muzik mereka termasuk lagu tulisan frontman, Neves yang pernah dipopularkan oleh artis lain.

Konsert dibuka oleh dua band baru yang sedang menempa nama dalam industri muzik tanahair iaitu Late Night Frequency dan Banyakbunyikrepublik.

Tiket boleh dibeli secara online di https://prettyugly.ubertickets.asia/

FOTO: Sekitar sidang media KONSERT PRETTY UGLY 21https://m.facebook.com/groups/musicaddictmy/permalink/1543364129497661/?mibextid=Nif5oz

Pretty Ugly
Banyakbunyikrepublik
Late Night Frequency

NOTA DARI PRETTY UGLY:

Salam buat semua.

Buat pertama kalinya setelah bertahun-tahun menunggu, sudah sampai masanya untuk Pretty Ugly membuat persembahan konsert solo kami. Setelah banyak band dari dalam dan luar negara sudah beraksi di pentas, malam ini kami umumkan pada 25 Februari 2023 giliran kami pula yang akan beraksi di atas pentas. Kami pilih The Paddock sebagai venue konsert. Acara julung-julung kali ini adalah untuk meraikan ulangtahun ke 21 Pretty Ugly berada di dalam muzik industri.

Selain dari itu, ia juga sebagai hadiah terindah buat peminat setia setelah sekian lama menyokong muzik Pretty Ugly. Walaupun ini adalah konsert solo kami, akan tetapi ada juga dua band yang dijemput untuk ‘warm-up’ sebelum kami beraksi. Band itu ialah Late Night Frequency dan juga Banyakbunyikrepublik. Kami pilih kedua band ini kerana muzik yang mereka bawa.

Oleh kerana konsert ini adalah ulangtahun ke 21 kami, jadi kami akan hadiahkan persembahan sebanyak 21 lagu pada malam itu nanti. List lagu akan kami pamirkan kemudian. Konsert ini juga adalah sebahagian dari proses ‘re-branding’ Pretty Ugly untuk memberitahu semua yang kami masih lagi wujud dan aktif berkarya.

Pada yang berminat untuk melakar sejarah bersama kami, anda semua dialu-alukan untuk membeli tiket yang akan mula dijual pada 16 December 2022 nanti. Berikut adalah harga-harga tiket yang dijual.

Early Bird RM90
Normal RM110
Walk In RM150
Semua tiket di atas – free standing

Meet & greet RM190special seating & inclusive food & drinks (limited for 30 pax).

Akhir kata terima kasih buat semua co-sponsor yang terlibat. InshaaAllah akan ada banyak lagi yang tampil ke depan untuk menaja konsert DIY yang kami adakan untuk anda. Ini baru INDIE!

Leave a comment