Gabungan semua anggota asal kumpulan Saujana. Juga menampilkan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM), Nazrey Johani, Awla, Andika dan Ustaz Nabil. Konsert Saujana 25 bakal berlangsung pada 5 Mac 2023 di Zepp Kuala Lumpur.

Selepas 25 tahun berkecimpung dalam industri muzik tanah air, kumpulan Saujana meraikan ulang tahun penubuhan kumpulan dengan menghadiahkan konsert buat peminat pada 5 Mac depan. Saujana dibarisi tiga ahli yang masih bergiat aktif iaitu Suffian Amrin, Azalinor Abdul Rahman dan Ahmad Zuhaidi Abd. Aziz; manakala empat ahli asal yang lain ialah Dr. Khairul Idzwan, Dr. Faizul Hizal Ghazali, Mohd. Hakimi Harun dan Wan Najran Wan Noh.


Sepanjang karier, kumpulan nasyid ini popular dengan lagu Keluarga Bahagia, Sepohon Kayu dan Suci Sekeping Hati.
Dapatkan tiket anda sekarang!
Insya Allah setiap pembelian tiket, RM15 akan disumbangkan kepada projek Rezeki Ramadan Islamic Relief Malaysia.
Konsert Saujana 25 dibawakan oleh Scriptology Sdn Bhd serta Mac Training Centre Sdn Bhd selalu produksi rasmi, konsert yang menggunakan Dana Kandungan Digital (DKD) Industri Muzik ini mendapat sokongan sepenuhnya daripada My Creative Ventures serta Kementerian Komunikasi Digital.
Pautan tiket konsert: https://www.ticket2u.com.my/event/29899/konsert-saujana-25
