Kumpulan rock popular Amerika, Mr. Big akan membuat persembahan dalam jelajah akhir mereka ke seluruh dunia yang dinamakan “The BIG Finish”. Kumpulan yang ditubuhkan pada 1988 ini terkenal dengan lagu-lagu hits “To Be With You”, “Just Take My Heart” dan “Wild World”. Mereka telah memulakan lawatan ke seluruh dunia mereka mulai Jepun pada 20 Julai 2023 lalu. Shiraz Projects berbesar hati untuk membawa Mr. Big ke Kuala Lumpur pada 14 Ogos 2023, sebagai persinggahan terakhir dalam rangkaian Asia “The BIG Finish” mereka.

Mr. Big dianggotai oleh vokalis utama Eric Martin, pemain bass/vokalis Billy Sheehan dan pemain gitar/vokalis Paul Gilbert. Menyertai mereka jelajah ini adalah pemain dram, Nick D’VIrgilio. Beliau melangkah masuk untuk mengantikan pemain dram/vokalis Pat Torpey yang meninggal dunia pada 2018 selepas pertempuran heroik dengan penyakit Parkinson.

Tiket telah dijual pada 11 Mei 2023 lalu di platform tiket www.myticket.asia. Untuk berita terkini dan kemas kini tentang konsert ini, sila lawati platform media sosial Shiraz Projects.
