Inilah barisan pemain Muzikal LANTAI T. PINKIE, sebuah naskhah tulisan Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said.

Pementasan Lantai T. Pinkie bermula pertama kali di tahun 1997 dengan Tiara Jacquelina sebagai watak utamanya diikuti Nasha Aziz (2000) dan terakhir Vanidah Imran (2006). Setakat ini ia telah lima kali dipentaskan dan kini ia kembali di tahun 2023 dengan lebih 40 orang pelakon teater akan terlibat dalam pementasan kali ini dan ramai nama besar yang akan memegang watak-watak utama di dalamnya.

Antaranya Zera Haris, Faysal Saad, Nabila Huda, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Datuk Jalaluddin Hassan, Linda Nanuwil (Linda AF) dan ramai lagi. Ia adalah arahan pengarah teater terkenal negara, Dr. Rosminah Tahir dan diterbitkan oleh Siti Rohayah Attan.

Lantai T.Pinkie adalah kisah hidup lara perempuan penari joget di Singapura pada zaman 50’an selepas Perang Dunia Kedua. Kehidupan mereka penuh lara dengan melayani lelaki yang berkunjung ke kelab tersebut. T. Pinkie atau nama sebenarnya Tengku Seindahkuno ialah antara wanita paling cantik dan terkenal di Bunga Joget Moden dan menjadi buruan lelaki termasuklah pemain akordion, Muhairi Tirus.

Muzikal Lantai T. Pinkie akan berlangsung dari 6 hingga 8 Oktober 2023 di Dewan Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur. Pembelian tiket boleh dibuat di laman web https://ilassotickets.com/event/muzikal-lantai-t-pinkie/ dengan tiket-tiket berharga RM159, RM56 dan RM35.

Leave a comment