Tokyo Revengers 2: Bloody Halloween – Destiny Bakal Ditayangkan di Pawagam

Peminat manga terlaris, Tokyo Revengers, bersiap sedia untuk menyaksikan babak terbaru dalam siri ini dengan tajuk “Tokyo Revengers 2: Bloody Halloween – Destiny (Part 1)”, yang akan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 26 Oktober 2023, Khamis ini edaran Encore Films.

Filem yang diarahkan oleh Tsutomu Hanabusa ini, dibintangi oleh Keita Arai, Takumi Kitamura, dan Shôtarô Mamiya, akan disajikan dalam bahasa Jepun dengan pilihan sarikata dalam bahasa Inggeris, Cina, dan Melayu. Filem bergenre aksi dan jenayah ini dijangka akan menarik ramai penonton dengan jalan cerita yang mendebarkan.

Sinopsis ringkas filem ini mengisahkan perjalanan Takemichi yang kembali ke masa 10 tahun yang lalu untuk mengubah satu kes penting yang boleh menyelamatkan Hinata, yang sekali lagi dibunuh oleh Geng Manjikai Tokyo di hadapan Takemichi.

Para peminat boleh menonton treler filem ini di bawah untuk mendapatkan gambaran awal tentang keseruan yang bakal dihadapi. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kesinambungan kisah Takemichi dalam usahanya menyelamatkan Hinata dan mengubah takdir mereka.

Leave a comment