Jerayawara Solusi Rambut nanocare Panasonic Mempersembahkan Penjagaan Rambut dan Kulit Kepala yang Inovatif

Petaling Jaya, 2 November 2023 – Panasonic Malaysia akan mempersembahkan inovasi canggih nanocare yang menggabungkan keperluan kecantikan dan teknologi terkini untuk penjagaan serta penyelesaian rambut dan kulit kepala di Jerayawara Solusi Rambut nanocare Panasonic, berlangsung dari 2 hingga 5 November 2023 di Sunway Pyramid, LG2 Central Avenue (di hadapan Gigi Coffee).

Dengan tema “Selamat Tinggal Kepada Rambut Kering, Bersedia untuk Rambut yang Sihat!”, pengering rambut Panasonic nanoe™ dan Double Mineral EH-NA98 yang terkenal, yang menyediakan penjagaan menyeluruh bagi rambut, kulit kepala dan kulit, selain mengeringkan rambut akan menjadi nadi jerayawara ini. Teknologi nanoe™ eksklusif Panasonic menyediakan zarah air yang elektrostatik bersaiz nano yang meresap dalam rambut secara mendalam, mencipta keseimbangan air optimum yang menghasilkan rambut yang lembut dan bersinar serta melembapkan kulit dan kulit kepala. Teknologi tambahan Double Mineral Ions mengetatkan kutikula rambut dan mengurangkan kerosakan rambut.

Semasa Jerayawara Solusi Rambut nanocare Panasonic, pelanggan dapat mengalami dunia siri kecantikan nanocare Panasonic dan teknologi nanoe™ secara langsung. Penggaya rambut profesional akan mempersonakan sesi demonstrasi rambut bagi menunjukkan hasil segera dengan menggunakan pengering rambut nanoe™ dan Double Mineral EH-NA98.

Promosi eksklusif bagi EH-NA98 akan ditawarkan semasa jerayawara. Sebuah mesin gashapon istimewa akan dipenuhi sehingga 2000 hadiah menarik untuk dimenangi. Untuk menyertai aktiviti gashapon, pelanggan hanya perlu mengikuti sekurang-kurangnya dua platform media sosial rasmi Panasonic dan menyiarkan pada platform media sosial mereka sendiri tentang jerayawara itu. Alternatifnya, pelanggan boleh melengkapkan kaji selidik tentang Jerayawara Panasonic untuk mendapatkan satu peluang bermain mesin gashapon.

Pelanggan yang membuat pembelian pengering rambut nanoe™ dan Double Mineral EH-NA98 semasa jerayawara akan dapat baucar rawatan rambut bernilai RM400 sebagai hadiah dengan pembelian (GWP) atau beg kosmetik Panasonic eksklusif. Baucar adalah terhad kepada satu bagi setiap pelanggan dan tersedia sementara stok masih ada.

Untuk maklumat lanjut mengenai Jerayawara Solusi Rambut Nanocare Panasonic, sila lawati Facebook rasmi Panasonic di https://www.facebook.com/mypanasonic/posts/706290751535691.

Leave a comment