Jay Weinberg, pemain dram yang dikenali sebagai salah seorang anggota band Slipknot telah meninggalkan band tersebut dalam satu kenyataan rasmi yang telah dikeluarkan oleh Slipknot sejam yang lalu. Tiada penerangan yang jelas akan pengundurannya, hanya ucapan selamat pada kerjayanya yang mendatang.

Jay menjadi pemain dram Slipknot sejak 2014 menggantikan tempat Joey Jordison dan sempat merakam tiga album studio bersama Slipknot iaitu .5: The Gray Chapter (2014), We Are Not Your Kind (2019) dan The End, So Far (2022).

Sebelum itu Jay pernah menjadi pemain dram untuk band The Reveling, Madball, Against Me! dan Hesitation Wounds.
