Hari ini di tahun 1993 genap 30 tahun Nirvana mengadakan persembahan akustik bersejarahnya, ‘MTV Unplugged’ di Sony Studios, Bandaraya New York.

Konsert ini yang merupakan salah satu program tetap di saluran muzik MTV menyaksikan Nirvana membawakan lagu-lagu yang kurang hit (bermakna tiada Smells Like Teen Spirit dan Lithium) dan seleksi cover termasuk tiga lagu dari Meat Puppets dengan penampilan dua anggotanya, Curt Kirkwood dan Cris Kirkwood. Nirvana juga dilengkapi oleh Lori Goldston sebagai pemain celo yang dianggap anggota kelima Nirvana selepas penyertaaan Pat Smear sebagai gitaris.



MTV Unplugged ialah antara persembahan terakhir Nirvana yang diingati dan diabadikan sebagai sebuah album live pertama Nirvana selepas kematian Kurt Cobain.
Apa lagu kegemaran kau orang dari konsert ini?
Foto: Frank Micelotta

