A.C.A.B Bakal Bawa Album Bangun Pertama Kali Secara Live Dalam Showcase Khas

Pada 2024, A.C.A.B akan menyambut 30 tahun penubuhan mereka. Sebelum tiba ke angka bermakna tersebut, perintis Eastern Oi! ini bekerja keras menjayakan pelbagai persembahan pentas pada 2023, dan yang akan datang adalah showcase khas ’Bangun’ untuk meraikan satu-satunya album penuh Bahasa Melayu mereka.

Bangun Showcase 2023 anjuran A.C.A.B Productions ini bakal berlangsung pada 3 Disember 2023, Ahad di Bentley Music Auditorium, Mutiara Damansara, Petaling Jaya mulai jam 3 petang. Turut memeriahkan showcase ini adalah band-band generasi baharu Oi! dan Punk iaitu The Hard Crop’s (Kuala Lumpur), Zero One Heroes (Johor), Incase (Kuala Lumpur), The Murphys (Melaka), Combination 69 (Kuala Lumpur), The Boicott (Perak), Oi! Frequency (Selangor) dan juga set DJ daripada Soul Boss (Kuala Lumpur).

Bangun Showcase 2023 akan menyaksikan A.C.A.B memainkan set penuhdaripada album Bangun. Sebahagian daripada trek-trek album ini tidak pernah dipersembahkan secara langsung, jadi ini adalah peluang yang dinanti-nantikan oleh peminat-peminat tegar A.C.A.B kembali mengenang nostalgia sewaktu album groundbreaking ini dikeluarkan.

Album Bangun merupakan evolusi sound A.C.A.B yang menjejak ke arah Heavy Metal Melayu yang digaul pekat dengan stail Eastern Oi!, menjadikannya sebuah gamechanging move untuk scene Oi! dan Punk tempatan sewaktu itu. Bangunadalah album yang bermelodik dan agresif pada masa yang sama seterusnya membuka mata kepada lebih ramai pendengar baharu. 

Max Mohammad, vokalis/gitaris A.C.A.B teruja menceritakan, “Aku dan A.C.A.B tak sabar nak mainkan Bangun in its entirety buat kali pertama kepada peminat semua. Masa album ni keluar pada 2004, aku dah ke UK sambung belajar dan Bangun tak sempat nak dipromosikan. Tapi tetap juga dapat sambutan hangat. Sempena A.C.A.B nak jejak 30 tahun next year, kami nak raikannya bersama peminat-peminat dengan memainkan album Bangun secara live dan make it a history for everyone! ”

Sehingga kini, tiket Early Bird telah licin disambar. Tiket presale masih boleh didapati berharga RM80 dan juga pembelian secara walk-in pada hari showberharga RM99.

Tempahan/pembelian tiket boleh dibuat melalui https://acab.ubertickets.asia/ . Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke 0196955634 melalui Whatsapp.

Jumpa di sana! Zigger Zagger, Oi!

Sejarah unit Oi!/Street Rock Kuala Lumpur bertaraf legenda ini bermula pada 1994 oleh Max Mohammad dan Edy J. Herwan. A.C.AB mengalami beberapa pertukaran line-up sepanjang aktif bergerak namun cukup berpengaruh kepada pergerakan muzik Oi! di Malaysia, baik kepada band-band baharu dan juga para pendengar. 

Bermula daripada demo ‘95 yang keluar melalui Bovver Brigade Records pada 1995, A.C.A.B tidak menoleh ke belakang lagi dengan keluaran-keluaran seperti Eastern Oi! dan Skinhead 4 Life yang mengubah landskap muzik Oi!/Punk tempatan selain mempengaruhi ribuan anak-anak muda untuk mula bermain muzik.

Muzik A.C.A.B turut berevolusi pada setiap keluaran yang menyaksikan mereka bermula dengan Oi!/Street Rock/Ska kepada menyelitkan pengaruh Heavy Metal Melayu menjelang era Orang Timur dan Bangun serta juga menerima pengaruh Indie Rock pada album terakhir mereka (dikenali sebagai The A.C.A.B). Perubahan ini tidak membuatkan mereka terasing daripada pengikut-pengikut A.C.A.B yang menariknya datang daripada pelbagai khalayak muzik, menjadikan A.C.A.B sebuah band yang benar-benar menyatukan pergerakan muzik underground.

A.C.A.B adalah

Vokal/Gitar: Max Mohammad

Gitar: Edy J. Herwan

Dram: Zeezul Fitri

Bass: Anas Md Noor

Pautan

Instagram: https://www.instagram.com/acabmalaysia/

Tik Tok: https://www.tiktok.com/@acabproductions

Facebook: Megat Hafiz Mohammad (Max Hafiz)

Email: acabmalaysia@gmail.com

Leave a comment