HBO telah mengeluarkan teaser rasmi untuk musim kedua siri drama asli HBO, House of the Dragon semasa panel CCXP23 di São Paulo, Brazil. Musim kedua dengan lapan episod bakal mula ditayangkan pada tahun 2024 di HBO dan HBO GO.
Berdasarkan buku “Fire & Blood” oleh George R.R. Martin, siri ini mengisahkan kisah House Targaryen, 200 tahun sebelum peristiwa “Game of Thrones”.

Pelakon yang kembali untuk musim kedua termasuk Matt Smith, Olivia Cooke, Emma D’Arcy, Eve Best, Steve Toussaint, Fabien Frankel, Ewan Mitchell, Tom Glynn-Carney, Sonoya Mizuno, dan Rhys Ifans. Tambahan pelakon baru untuk musim ini termasuk Clinton Liberty, Jamie Kenna, Kieran Bew, Tom Bennett, Tom Taylor, dan Vincent Regan.
House of the Dragon musim kedua dihasilkan oleh George R.R. Martin, Ryan Condal, dan beberapa eksekutif pengeluar termasuk Sara Hess, Alan Taylor, Melissa Bernstein, dan lain-lain.
Untuk menonton semula Musim 1 House of the Dragon, langgan HBO GO di https://www.hbogoasia.my/ atau melalui aplikasi mudah alih di App Store atau Play Store.
