Kuala Lumpur, 14 Disember 2023 – Dalam usaha menggalakkan amalan pemakanan sihat dan gaya hidup aktif, Yakult Malaysia telah meneruskan program “Misi Sihat Yakult” di sekolah-sekolah seluruh negara. Program ini mendapat sokongan penuh daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan telah dirasmikan di Hotel Aloft, Kuala Lumpur hari ini. Majlis tersebut dihadiri oleh Encik Hirudin bin Mohit, Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Hal Ehwal Murid, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Encik Hiroki Yanase, Pengarah Urusan Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd.
Program ini melibatkan 96 buah sekolah rendah di seluruh negara, dengan penyertaan sebanyak 5,622 guru dan 79,229 pelajar. Objektif utama program adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan gaya hidup sihat melalui pemakanan yang baik dan kecergasan fizikal.

Dalam program ini, pelajar dan guru dari sekolah yang terlibat telah menjalankan pelbagai aktiviti pemakanan sihat dan kecergasan fizikal, baik dalam talian mahupun di luar talian. Sekolah-sekolah yang menunjukkan komitmen luar biasa telah menerima pengiktirafan semasa majlis penutup hari ini.
Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota Utama, Pahang diumumkan sebagai pemenang hadiah utama sebagai Sekolah Terbaik Keseluruhan 2023, serta memenangi kategori Aktiviti Kecergasan Lompat Tali Terbaik. Sekolah Kebangsaan Subang Bestari, Selangor mendapat tempat kedua, diikuti oleh Sekolah Kebangsaan Kangkar Pulai, Johor di tempat ketiga. Selain itu, Sekolah Kebangsaan Intan Baiduri, Kuala Lumpur memenangi kategori Aktiviti Pemakanan Sihat Terbaik, manakala Sekolah Kebangsaan Kubang Ikan, Terengganu diiktiraf sebagai pemenang kategori Aktiviti Hari Kesihatan Sedunia Terbaik dan Aktiviti Atas Talian Terbaik (Video TikTok).


Encik Hiroki Yanase menyatakan, “Kami komited untuk mempromosikan dan membimbing pelajar ke arah amalan pemakanan yang sihat dan aktif secara fizikal menerusi program ‘Misi Sihat Yakult’. Usaha kami tidak berhenti di sini; kami akan terus mendidik pelajar tentang gaya hidup sihat dan menggalakkan mereka mencapai kecemerlangan sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk negara yang lebih baik dan lebih sihat di masa hadapan. Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Pendidikan dan semua sekolah yang telah menyokong aktiviti kami serta minuman probiotik Yakult.”
Minuman probiotik Yakult berfungsi untuk menguatkan usus, tempat di mana 80% sistem imuniti berada. Setiap botol Yakult mengandungi sekurang-kurangnya 30 bilion probiotik Shirota strain yang mampu bertahan hingga ke usus. Faedah kesihatan probiotik ini telah diakui melalui Akta & Peraturan Makanan Malaysia. Minuman Yakult disahkan halal oleh JAKIM dan dihasilkan di kilang Yakult di Seremban, Negeri Sembilan. Sekitar 40 juta orang di 40 buah negara di seluruh dunia mengambil Yakult setiap hari untuk meningkatkan fungsi usus mereka.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang www.yakult.com.my.
