Baru-baru ini di Malakat Mall, Cyberjaya telah berlangsungnya majlis pelancaran treler, OST dan merchandise eksklusif filem terbitan Studio Kembara yang kedua yang berjudul Pendekar Awang Darah Indera Gajah. Turut hadir di majlis pelancaran ialah penerbit filem ini Haji Abdul Rahman Mt Dali dan para pelakonnya seperti Fattah Amin, Heliza Helmi, Hazwani Helmi, Amir Ahnaf dan Ali Karimi. Filem ini akan ditayangkan di pawagam pada 11 Januari 2024 ini.

Kesinambungan dari filem Mat Kilau ini memberi harapan buat Studio Kembara agar filem ini juga akan mendapat sambutan yang hangat serta dapat menghiburkan para penonton kelak. Dengan konsep Hiburan Bermanfaat, Studio Kembara percaya filem in ada mutu yang tersendiri dan membawa mesej-mesej yang bermanfaat yang menyuntik semangat cinta tanah air serta inspirasi yang diperlukan pada waktu ini.


Pada majlis tersebut, treler filem PENDEKAR AWANG dipertontonkan yang memberikan gambaran menarik ke dalam visual dan naratif yang menanti penonton. Dari adegan aksi yang mendebarkan emosi penonton, teler ini memaparkan sebahagian kecil elemen-elemen pelbagai dalam filem ini. Treler ini juga boleh ditonton secara eksklusif di kesemua media sosial Studio Kembara.
Turut diperdengarkan ialah runut bunyi rasmi filem PENDEKAR AWANG yang membawa perasaan dan kandungan atmosfera filem kehidupan melalui sebuah lagu iaitu Darah Bangsa nyanyian Faizal Tahir yang penuh dengan maksud tersirat selari dengan kandungan filem PENDEKAR AWANG.

Selain itu, rangkaian merchandise rasmi PENDEKAR AWANG dilancarkan untuk para peminat dengan kerjasama strategik bersama KUMPULAT MALAKAT. Dari pakaian hingga barangan koleksi, setiap item direka khas untuk filem ini. Merchandise boleh didapati di kedai dalam talian rasmi di platform malakat.com selepas pelancaran dengan membuat pembelian secara pra pesanan.

