Kuala Lumpur, 28 Januari 2024 – Unifi TV, bahagian konvergensi gaya hidup digital Unifi, dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran Ruby Plus Pack yang baru, kini dilengkapi dengan aplikasi TVBAnywhere+, hanya dengan bayaran RM30.00 sebulan – khusus untuk sambutan Tahun Baru Cina yang akan datang.
Jasmine Lee, Pegawai Komersial Utama Unifi – Pengguna, berkata, “Kami berbesar hati untuk melancarkan Ruby Plus Pack yang telah dirangka khas ini, menjelang sambutan gembira ini. Melalui pakej baru ini dan pelbagai perkhidmatan kami, kami bertujuan untuk meningkatkan platform berkualiti tinggi kami yang menawarkan kandungan global, serta memberikan pengalaman gaya hidup digital yang menarik kepada pelanggan kami yang pelbagai. Pelancaran pakej baru ini bersama aplikasi TVBAnywhere+ mencerminkan usaha Unifi untuk terus berinovasi dalam perkhidmatan konvergennya, dan pelanggan boleh menantikan lebih banyak tawaran menarik dalam bulan-bulan mendatang.”

Pakej baru ini menghadirkan pengalaman gaya hidup digital yang lebih baik, dengan pelbagai rancangan TV yang disiarkan serentak, serta filem eksklusif yang ditayangkan untuk pertama kali. Program-program ini dari Hong Kong, China, dan Taiwan boleh dinikmati melalui aplikasi TVBAnywhere+, dan Ruby Plus Pack yang baru juga menyertakan saluran popular seperti Celestial Movies, Now Jelli, CCTV-4, dan SETI. Dengan akses penuh ke TVBAnywhere+ Premium Zone, pelanggan Unifi dapat menikmati perpustakaan video atas permintaan yang luas, termasuk rancangan seperti Justice Sung Begins (状王之王), Forensic Heroes 6 (法证先锋6 幸存者的救赎), Midlife Sing & Shine! 2 (中年好声音2), dan Family Feud (思家大战). Pelanggan juga boleh menonton saluran langsung seperti TVB Jade, TVB News, dan Xing He melalui pakej baru ini.
Ruby Plus Pack juga memenuhi keperluan pengguna dari pelbagai peringkat umur, dengan lebih daripada 40 saluran premium seperti tvN Movies, Warner TV, Nickelodeon, AXN, dan Unifi Sports, di antara yang lain, menjanjikan pengalaman hiburan yang komprehensif untuk semua.

Ciri-ciri lain dalam tawaran promosi ini termasuk:
a) Penstriman Intuitif: Aplikasi Unifi TV dan TVBAnywhere+ menawarkan antara muka intuitif, cadangan yang disesuaikan, dan penstriman definisi tinggi untuk mencipta pengalaman menonton yang lebih mendalam.
b) Peralihan Fleksibel antara Aplikasi Penstriman: Pelanggan yang mempunyai aplikasi TVBAnywhere+ mempunyai fleksibiliti untuk menukar aplikasi penstriman pilihan mereka, dengan pilihan seperti Viu, iQIYI, WeTV, MangoTV, dan lain-lain.
c) Kotak TV Unifi Terkini: Pelanggan akan menerima Android TV 12 Box terkini bernilai RM480 tanpa caj tambahan, meningkatkan pengalaman menonton santai bersama keluarga.
Sebagai sebahagian daripada pelancaran ini, Unifi TV bekerjasama dengan TVB Hong Kong untuk membawa pelakon berprestij Owen Cheung dan Katy Kung ke Malaysia. Peminat-peminat berpeluang berjumpa dan beramah mesra dengan artis-artis ini di Pavilion KL dan beberapa Unifi Stores, menikmati permainan interaktif, lagu, dan hadiah eksklusif.
