Ulasan Madame Web: Filem Psikik yang Menarik dan Menghiburkan

Madame Web, filem terbaru dari Sony Pictures yang mengisahkan empat wanita yang mempunyai kuasa psikik, telah mendapat sambutan hangat dari penonton, walaupun mendapat ulasan negatif dari pengkritik di Rotten Tomatoes. Filem ini mendapat penilaian rendah kerana tidak mempunyai aksi yang hebat seperti filem Avengers, tetapi penonton yang menyukai cerita yang pintar, dialog yang lucu, dan plot (what plot?) yang mudah difahami, pasti akan terpikat dengan filem ini.

Filem ini berjaya memperkenalkan watak utama, Cassie Webb, yang diperankan oleh Dakota Johnson, sebagai seorang psikik yang boleh melihat dan mengubah masa depan. Filem ini juga menampilkan tiga lagi wanita psikik iaitu Gwen Stacy, maaf,.. Julia Cornwall (Sydney Sweeney), Anya Corazon (Isabela Merced) dan Jessica Drew, maaf… Mattie Franklin (Celeste O’Connor), yang bersama-sama dengan Cassie, membentuk kumpulan Spiderwomen. Filem ini tidak bergantung kepada CGI yang canggih untuk menunjukkan kuasa psikik mereka, tetapi menggunakan visual yang unik dan menarik untuk menunjukkan bagaimana mereka berinteraksi dengan masa depan.

Filem ini mendapat penilaian 3.5 daripada 10 dari saya. Saya memberikan 0.5 tambahan kerana terdapat kemunculan istimewa Baby Peter Parker di dalam filem ini, yang menambahkan elemen kecomelan dan kekelakaran. Saya tidak sabar untuk menonton sekuel filem ini.

Pengarah: S.J. Clarkson
Pelakon: Dakota Johnson, Sydney Sweeney, Celeste O’Connor, Isabela Merced, Tahar Rahim, Mike Epps, Emma Roberts, Adam Scott
Pengedar: Sony Pictures Malaysia

Leave a comment