Petaling Jaya, 27 Februari 2024 – Orang ramai terutama yang tinggal di Selangor kini mempunyai peluang untuk mencari barangan keperluan Ramadan dan Aidilfitri di lokasi alternatif yang menarik. Fiesta Raya @ the Curve, yang akan berlangsung dari 12hb Mac hingga 9hb April 2024, menawarkan lebih daripada 50 gerai yang menyediakan barangan kelengkapan hari raya dan juadah makanan. Acara ini dianjurkan di pusat membeli-belah the Curve, Mutiara Damansara.


Fiesta Raya @ the Curve adalah hasil kerjasama antara ANS Diversified Sdn Bhd, Team360, dan NiyatEnson Empire Sdn. Bhd.. Festival ini menjanjikan pengalaman unik dan meriah kepada pengunjung. Selain daripada membeli barangan, pengunjung juga berpeluang menyertai pelbagai acara sampingan. Menurut wakil ANS Diversified Sdn. Bhd., Encik Ahmad Faizal Zulkipli, antara acara yang menarik adalah the Curve Berselawat, Iftar Amal bersama rumah kebajikan dan anak-anak yatim terpilih, serta cabutan bertuah bagi pengunjung yang berbelanja minima RM150 di gerai-gerai Fiesta Raya. Selain itu, terdapat juga peluang untuk membawa pulang Duit Raya sehingga RM1,500 melalui Pertandingan Selfie dan Menang.


Wakil penganjur bersama NiyatEnson Empire Sdn. Bhd., Dr. Fitri Haris pula berkata, para pengunjung juga akan berpeluang berinteraksi dengan pempengaruh terkenal tanah air semasa fiesta ini seperti Tajul dan Isteri, Hajar LK, Farah Khira manakala artis-artis seperti kumpulan nasyid UNIC, Nizam Laksamana, Rabithah, dan Ikhwan Fatanna akan menghiburkan dan memberi pengisian jiwa kepada pengunjung.
Fiesta Raya @ the Curve menawarkan 35 gerai barangan kelengkapan hari raya dan 15 gerai makanan. Pelbagai hidangan juadah berbuka puasa akan disajikan sepanjang festival berlangsung selama 29 hari. Penganjur berhasrat menjadikan Fiesta Raya @ the Curve sebagai acara tahunan di pusat membeli-belah the Curve, Mutiara Damansara.


Dengan sokongan daripada the Curve, Hotel Royale Chulan the Curve, Aplikasi Muslim the Noor, Yayasan Digital Malaysia, Khira, dan Starvilion, Fiesta Raya @ the Curve akan memberikan satu pengalaman baharu kepada para pengunjung pusat membeli-belah the Curve, peniaga-peniaga, dan penduduk di kawasan Mutiara Damansara.
Pihak penganjur menjangkakan lebih daripada 500,000 pengunjung akan mengunjungi Fiesta Raya @ the Curve tahun ini.
Bertemakan āKongsi Keriangan, Rasai Keunikan!ā, Fiesta Raya @ the Curve, Mutiara Damansara, adalah salah satu lokasi yang wajib dikunjungi sepanjang Ramadan bersama keluarga. Selain membeli kelengkapan persiapan Hari Raya, pengunjung dapat menikmati pengalaman berbuka puasa secara santai di pusat beli-belah terkemuka ini menjelang Syawal.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 012-3153988 (Haji Kamal), 012-4056349 (Puan El), atau 012-3055861 (Puan Amira).
