KUALA LUMPUR, Selasa – genre Pop, Rock dan Hip Hop telah disenarai pendek daripada 626 buah lagu yang dihantar oleh pengkarya indie tempatan.
Majlis Pengumuman Finalis #ALI2023 telah diadakan di ESI Hub, Spacerubix pada petang semalam dengan kehadiran para finalis, juri profesional, media dan rakan-rakan industri. Acara ini juga disiarkan secara langsung di laman YouTube Anugerah Lagu Indie.
#ALI2023 merupakan anugerah yang meraikan bakat-bakat indie Malaysia yang menghasilkan lagu-lagu berkualiti dengan lirik dan muzik yang asli. Anugerah ini juga bertujuan untuk memberi pengiktirafan dan sokongan kepada komuniti seni muzik indie yang kreatif dan berbakat.
Pada tahun ini, #ALI2023 memperkenalkan tiga kategori baru iaitu Pop, Rock dan Hip Hop untuk menampung genre-genre yang popular di kalangan pengkarya dan pendengar indie. Setiap kategori mempunyai lima finalis yang akan bersaing untuk merebut gelaran juara dan hadiah wang tunai berjumlah RM36,000.

Pemarkahan bagi setiap lagu melibatkan 30 peratus undian awam daripada atas talian dan 70 peratus pemarkahan juri profesional yang terdiri daripada individu-individu yang berpengalaman dan berwibawa di dalam industri muzik.
Ahmed Faris Amir, Penerbit Eksekutif Anugerah Lagu Indie berkata, “Kami sangat gembira dengan sambutan yang diberikan oleh pengkarya indie kepada #ALI2023. Kami mendapat banyak lagu-lagu yang hebat dan mencabar dari segi kualiti dan kreativiti. Kami berharap anugerah ini dapat memberi peluang dan platform kepada pengkarya indie untuk menonjolkan bakat mereka dan mendapat perhatian daripada pihak industri dan masyarakat.”
Jennifer Thompson, Penerbit Eksekutif Bersama Anugerah Lagu Indie pula berkata, “Kami ingin mengucapkan tahniah kepada semua finalis yang telah berjaya masuk ke pentas akhir. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pengkarya yang telah menghantar lagu-lagu mereka dan menyokong anugerah ini. Kami berharap anugerah ini dapat menjadi inspirasi dan motivasi kepada semua pengkarya indie untuk terus berkarya dan berdaya saing.”

Anugerah Lagu Indie 2023 disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan, Gaya Hidup Rakan Muzik, Rakan Muda: Motosikal Rasmi, Honda Motorcycle Malaysia; Penaja Makanan, 1901 Hot Dog Malaysia; Radio Rasmi, Rakita 107.9; Rakan-rakan Media yang bersama-sama menyokong semangat Anugerah Lagu Indie, Medialah!, Media Variasi, Selebriti Online, Malaysia Music Scene, Malaya Roll, Big Media Works, Malaysia Tribune, Relevan, Writer’s Daily, LUAS, dan Pocket News Media, serta Rakan Kerjasama Anugerah Terpaling Platinum CIK, Yoodo.
Pentas Akhir Anugerah Lagu Indie 2023 akan berlangsung pada 7 Mac 2024 jam 8.00 malam hingga 12.00 tengah malam dan disiarkan secara langsung di laman YouTube Anugerah Lagu Indie. Jangan lupa untuk menonton dan menyokong lagu-lagu indie kegemaran anda.
Senarai Finalis Anugerah Lagu Indie 2023
Top 5 Kategori Hip Hop Terbaik
Lagu yang disenaraikan dalam Top 5 Kategori Lagu Hip Hop terbaik adalah:
1. Ice Cold Castle (Komposer: Jeffery Chong, Ooi Chen Chun, Ammar Ariff, Danish Hakimi. Lirik: Jeffery Chong, Ammar Ariff, Danish Hakimi. Artis: Yung Kai, Nakalness, Akkimwaru)
2. Candy Mind (Komposer: Sya. Lirik: Sya & Senna. Artis: Sya)
3. LXF (Komposer: Sabbala, Rahhh5kaki, Issa Goodmusic, Jaymhd7, A.D.K., Zemo, Benzooloo, Danye, Rebel Asia & DJ Ruckes. Lirik: Sabbala, Rahhh5kaki, Issa Goodmusic, Jaymhd7, A.D.K., Zemo, Benzooloo, Danye, Rebel Asia & DJ Ruckes. Artis: LXF)
4. Gard O Gard (Komposer: Uzayr Muhammad dan Jeffrey Affandy. Lirik: Uzayr Muhammad dan Jeffrey Affandy. Artis: 53 Universe)
5. Mimpi untuk Semalam (Komposer: Dafreakinaz, Jaystation, Quai. Lirik: Jaystation, Quai. Artis: Slatan / Jaystation, Quai)
Top 5 Kategori Pop Terbaik
Lagu yang disenaraikan dalam Top 5 Kategori Lagu Pop Terbaik adalah:
1. Pura (Komposer: Fatin Faizal. Lirik: Fatin Faizal. Artis: Fatin Faizal)
2. Pembunuh Malam (Komposer: Hazeeq Hilman & Muhd Haziq. Lirik: Hazeeq Hilman & Muhd Haziq. Artis: Lunar)
3. Stargazing (Komposer: Odelia Tirza. Lirik: Odelia Tirza. Artis: Odelia Tirza)
4. Luka (Komposer: Lily Jannah, Lirik: Lily Jannah, Artis: Lily Jannah)
5. Derana (Komposer: Syahir Cherpen. Lirik: Syahir Cherpe. Artis: Heidi & Ruang Hati)
Top 5 Kategori Rock Terbaik
Lagu yang disenaraikan dalam Top 5 Kategori Lagu Rock Terbaik adalah:
1. Jiwa (Takhta Milik Kita) (Komposer: Aimran, Faz, Adry, Shahril. Lirik: Shahril Redzwan. Artis: Akta)
2. In the Haze (Komposer: Chia Shock Hong, Bryan Lu. Lirik: Chia Shock Hong. Artis: Math Class)
3. Inti Sari (Komposer: Hayzeeq Iman, Daniel Aswad & Harith Zikr. Lirik: Hayzeeq Iman & Daniel Aswad. Artis: Zerophobia)
4. Terra Luna (Komposer: Crazy Grizzly. Lirik: Mustika Sari. Artis: Crazy Grizzly)
5. Souled Out (Komposer: Vota. Lirik: Vota. Artis: Vota)
