5 Mac 2024 – Festival Aku.Muzik&Kamu (AMK) kini kembali dengan edisi AMK 2.0, menghadirkan barisan artis Nusantara yang bakal menggegarkan dunia muzik. Acara yang dinanti-nantikan ini dijadualkan berlangsung pada 8 Jun 2024 di Stadium Olahraga Mount Austin, Johor Bahru, Johor.

Antara artis yang bakal memeriahkan pentas adalah Masdo, IAMNEETA, Saixse, Feel Koplo, Imran Ajmain, serta Ratu Rock Negara, Ella. Turut menyertai adalah bintang Indonesia, Afgan, dan kumpulan Nidji.
Festival ini menawarkan pengalaman muzik yang mengasyikkan dan memukau. Kehadiran lebih ramai penonton dijangka, termasuk para peminat dari Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, Sabah, dan Sarawak.

Pada tahun lepas, Festival Aku.Muzik&Kamu telah mencatat kejayaan dengan kehadiran seramai 12,000 orang. Prestasi cemerlang ini turut memperoleh pencalonan sebagai Acara Dalam Negeri Terbaik Johor untuk tahun 2023. Bagi edisi kali ini, penganjur menjangka lebih 15,000 pengunjung akan memeriahkan festival ini dari pelbagai negara.
Harga tiket bermula dari RM229 untuk kawasan Chill Zone (Free Seating) hingga RM569 untuk kawasan Rock Zone (Free Standing) dengan akses ke VIP Lounge.
“Jangan lepaskan peluang untuk mencatat sejarah baharu dalam Festival Aku.Muzik & Kamu 2.0! Sertailah kami untuk berpesta dengan lagu-lagu yang akan membawa anda pulang ke zaman nostalgia. Jumpa di Festival AMK 2.0,” ujar Ajai, mewakili Exists.
Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, sila layari laman web www.ticket2u.com.my atau www.coactionevents.com/amk.


