Kuala Lumpur, 4 Mac 2024 – Ketua Juri Anugerah Juara Lagu (AJL), Datuk Mokhzani Ismail memberikan komen mengenai persembahan kumpulan The Gadys dalam satu acara yang disiarkan secara langsung di TV2 baru-baru ini. Kumpulan yang tiba-tiba viral dengan lagu Cintaku Sampai Ke Ethiopia ini telah menarik perhatian ramai.
Menurut Datuk Mokhzani, persembahan The Gadys mempunyai keunikan tersendiri. Walau bagaimanapun, banyak yang bertanya bagaimana kumpulan ini dapat terlepas dalam siaran TV2. Beliau menjelaskan bahawa program penerbitan luar tajaan RTM di mana artis-artis yang terlibat biasanya dicari oleh penganjur, dan tidak ada band atau pemuzik yang terlibat pada persembahan pentas. Mereka hanya menggunakan minus one.

āSebagai contoh, kadang-kadang dalam acara-acara di kampung, ada satu daripada sepuluh penyanyi yang tidak sesuai. Tidak perlu nak kecoh sangat, macam pertama kali saja dengar orang nyanyi sumbang. Pandai-pandailah mereka belajar dari situ. Kalau ada yang tidak suka, boleh saja tutup telinga atau tutup TV. Biarlah mereka. Sekurang-kurangnya mereka dah memberikan sumbangan. Sekali-sekala, yang begini biar terlepas supaya kita boleh didik telinga kita,ā tulis beliau dalam hantaran Instagramnya.
āJika ini hari terakhir, izinkan saya mendengar suara The Gadysā¦ā akhiri beliau.

Walaupun kontroversi ini telah mencetus perdebatan sehingga kini, kita harap semua pihak dapat belajar daripada pengalaman ini dan terus memperkukuhkan industri muzik negara.
