Rasai Kilauan dan Kemegahan Anugerah Oscar ke-96 Secara Eksklusif di Astro!

Saksikan filem-filem yang tercalon seperti Barbie, Oppenheimer, Mission: Impossible – Dead Reckoning, dan banyak lagi di Astro!

Pelanggan Astro, bersiaplah untuk pengalaman eksklusif menyaksikan Anugerah Akademi ke-96 (Oscar) pada 11 Mac 2024. Saksikan siaran langsung acara utama mulai jam 7.00 pagi, dengan liputan karpet merah bermula jam 6.30 pagi di Astro SHOWCASE (CH 413) dan Astro GO. Acara ini akan berlangsung di Dolby Theatre, Hollywood, Los Angeles.

Jimmy Kimmel, bintang rancangan lewat malam, akan kembali mengacarakan Oscar untuk kali keempat. Dengan kecerdasannya, beliau akan menghiburkan kita dengan gelak tawa dan kejutan. Tan Sri Michelle Yeoh, penerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Oscar sebelumnya, akan menjadi salah seorang penyampai anugerah.

Pelanggan boleh menikmati filem-filem calon OSCAR ke-96 di Astro, termasuk:

· Barbie (8 pencalonan) melalui On Demand

· The Color Purple (1 pencalonan) melalui On Demand

· Oppenheimer (13 pencalonan) melalui Astro First

· Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One (1 pencalonan) melalui Astro First

Filem dan rancangan yang dinominasikan juga tersedia di platform penstriman:

· Spiderman-Man: Across the Spider-Verse (1 pencalonan) di Netflix

· Maestro (7 pencalonan) di Netflix

· NYAD (2 pencalonan) di Netflix

· The Creator (2 pencalonan) di Disney+ Hotstar

Jangan lepaskan siaran ulangan karpet merah pada jam 7.30 malam dan acara anugerah pada jam 8.00 malam di Astro SHOWCASE (CH 413) dan Astro GO. Pakej Filem Astro kini ditawarkan dengan diskaun 30% pada harga RM66.49 / bulan* bagi pelanggan baru yang mendaftar dengan auto-debit.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.astro.com.my.

*Promosi ini terbuka bagi pelanggan yang mendaftar dengan auto-debit sahaja. Terma & Syarat dikenakan.

Leave a comment