The Wild Robot: Filem Animasi Terbaru Bakal Ke Pawagam September Ini

Peminat filem animasi berdasarkan buku bestseller bersiap sedia untuk menyaksikan sebuah adaptasi baru yang dijangka akan mengambil alih layar perak pada 19 September 2024. “The Wild Robot,” sebuah filem animasi terbaru dari DreamWorks Animation, adalah berdasarkan novel terkenal Peter Brown yang telah memenangi pelbagai anugerah dan menduduki tangga teratas senarai New York Times.

Filem epik ini mengisahkan perjalanan seorang robot, unit ROZZUM 7134 atau lebih mesra dipanggil “Roz,” yang terdampar di sebuah pulau tidak berpenghuni. Roz harus belajar menyesuaikan diri dengan keadaan alam yang keras, membina hubungan dengan haiwan-haiwan di pulau tersebut, dan akhirnya menjadi ibu angkat kepada seekor anak angsa yang yatim.

Sebuah kisah yang meneroka tentang penemuan diri, meneliti hubungan antara teknologi dan alam semula jadi, serta menyelami erti kehidupan dan perhubungan dengan segala makhluk hidup.

“The Wild Robot” diterbitkan oleh Jeff Hermann, dengan skrip oleh Chris Sanders, dan arahan oleh Michael Sarnoski. Filem ini dibintangi oleh Lupita Nyong’o, Pedro Pascal, Catherine O’Hara, Bill Nighy, Kit Connor, dan Stephanie Hsu, serta penampilan istimewa dari Mark Hamill, Matt Berry, dan Ving Rhames.

Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan “The Wild Robot di pawagam nanti dan ikuti tanda pagar #TheWildRobotMovieMY.

Leave a comment