Lionsgate telah melancarkan treler untuk filem remake “The Crow” arahan Rupert Sanders, dibintangi oleh Bill Skarsgård dan FKA Twigs. Filem ini dijadualkan untuk ditayangkan pada 7 Jun 2024.
Baik versi tahun 1994 yang dibintangi oleh mendiang Brandon Lee mahupun filem remake yang akan datang ini, kedua-duanya diadaptasi darinovel grafik karya James O’Barr. Dalam versi Sanders, Skarsgård memegang watak Eric Draven, yang dibunuh bersama teman wanitanya Shelly (FKA Twigs). Berada di antara alam hidup dan mati, Eric bertekad untuk membalas dendam atas pembunuhan mereka.
Treler baru itu menunjukkan Eric bangkit dari kematian untuk membalas dendam yang PENUH berdarah. Hidup sekali lagi, dia diperkukuh dengan kuasa supernatural dan mampu bertahan daripada tembakan, letupan senapang dan tikaman. Antiwira ini mengikuti laluan gelap untuk membalas dendam atas kematian Shelly di tangan pembunuh misteri. Treler itu memaparkan montaj keganasan yang brutal, termasuk satu babak di mana Eric menembak melalui dadanya sendiri untuk menjatuhkan penyerang, kemudian mengeluarkan pedang dari tubuhnya sendiri sebelum membalas semula penyerangnya.

Filem baru ini memberi penghormatan kepada filem asal sambil memperkenalkan elemen baru, berlatar belakangkan landskap bandar yang gelap dan korup.
Dalam temu bual pertama dengan Vanity Fair, Sanders membincangkan tema yang dijelajahi dalam filem: “Apa yang menarik saya ke arah ini adalah peluang untuk membikin filem romantis gelap, sesuatu yang membincangkan tentang kehilangan, kesedihan dan tabir etereal antara hidup dan mati serta merentasinya.”
Versi asal “The Crow” diarahkan oleh Alex Proyas dan menampilkan bintang yang sedang naik ketika itu, Brandon Lee, anak kepada Bruce Lee, sebagai Eric Draven. Semasa penggambaran, Lee meninggal dunia pada usia 28 tahun apabila dia tertembak oleh senjata prop di set filem. Kematiannya yang tragis menimbulkan perbualan hangat di kalangan peminat sekaligus membayangi proses pembikinan filem tersebut yang kemudiannya disambung yang akhirnya diselesaikan dan diedarkan oleh Miramax.
