Peminat animasi tempatan, terutamanya kanak-kanak, kini boleh menikmati siri animasi kegemaran mereka di TV9. Program #JaguhKartun yang disiarkan setiap hari dari jam 5 petang hingga 7 malam, menampilkan pelbagai watak animasi yang disukai ramai seperti Boboiboy, Ejen Ali, Cicakman, dan Mechamato.
Siri animasi ini bukan sahaja menjanjikan keseronokan tetapi juga mengandungi mesej dan nilai murni yang baik untuk pembangunan karakter adik-adik. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kesemua wira animasi ini di saluran Astro 149 atau strim melalui Tonton di smart TV anda.

Jaguh Kartun – Janji keceriaan dan hiburan berkualiti untuk seisi keluarga. Saksikan dan jadilah saksi kehebatan animasi Malaysia!
