Filem CHALLENGERS arahan Luca Guadagnino (pengarah Call Me by Your Name dan remake Suspiria) telah menerima 98% ulasan positif dari 44 pengkritik setakat ini. Ini ialah filem kolaborasi kedua Luca dengan komposer Nine Inch Nails (Trent Reznor, Atticus Ross) selepas Bones and All dan kolaborasi ketiga mereka, Queer (berdasarkan novel pendek tulisan William S. Burroughs) bakal menyusul tahun ini juga.

Challengers akan tayang di pawagam seluruh negara edaran Warner Bros. Pictures mulai 25 April 2024.
