Alya Iman dan Nabil Aqil Digandingkan dalam Siri Adaptasi Anggun Mikayla
Kuala Lumpur, 24 April 2024 – Viu Malaysia memperkenalkan siri drama terbaru, Anggun Mikayla, yang menampilkan Alya Iman dan Nabil Aqil sebagai pelakon utama.
Drama adaptasi novel karya Liza Nur ini diarahkan oleh Eyra Rahman dan mengisahkan perjalanan hidup Mikayla, seorang gadis cantik yang dinafikan kewujudannya oleh ibu sendiri. Walaupun menghadapi pelbagai penghinaan, Mikayla tetap cekal dan mencari kasih sayang sejati.

Kisah ini turut menampilkan konflik hubungan cinta antara Mikayla, Idriz, dan Asif, yang membawa pelbagai emosi dan persoalan tentang nilai diri dan cinta sejati.

Anggun Mikayla, terdiri daripada 13 episod, akan mula ditayangkan di Viu bermula 25 April, setiap Khamis hingga Sabtu.
Penonton boleh melanggan Viu Premium untuk menikmati drama ini tanpa gangguan iklan. Aplikasi Viu boleh dimuat turun secara percuma di App Store, Google Play, Huawei App Gallery, TV pintar terpilih, atau dilayari di www.viu.com.
