KIKI WONG IALAH GITARIS TERBARU SMASHING PUMPKINS

Kiki Wong diumumkan sebagai gitaris terbaru The Smashing Pumpkins menggantikan tempat Jeff Schroeder yang meninggalkan band ini sejak 4 Januari.

Kiki akan menyertai barisan anggota band yang dianggotai oleh tiga pengasasnya iaitu Billy Corgan, James Iha dan Jimmy Chamberlain selain dua pemuzik live iaitu keyboardist Katie Cole dan bassist Jack Bates, yang merupakan anak kepada pemain bass Joy Division/New Order, Peter Hook.

Kiki Wong yang lahir di Amerika Syarikat pada 15 April 1989 sebelum ini dikenali kerana kerjaya gitar beliau bersama Vigil of War, serta video cover metal yang sering dikongsikan di laman sosialnya. Di laman Instagram, beliau diikuti oleh 674,000 pengikut. Beliau juga pernah berkolaborasi dengan artis terkenal seperti Taylor Swift, Usher, dan Bret Michaels sebelum diumumkan sebagai gitaris live terbaru Smashing Pumpkins. Minatnya terhadap gitar bermula ketika berusia 12 tahun, di mana saudaranya memperkenalkannya pada Metallica dan dia terpaut dengan lagu Master of Puppets.

Awal tahun 2024, Smashing Pumpkins telah mengumumkan sesi ujibakat terbuka di seluruh dunia untuk mencari gitaris yang akan menggantikan Jeff Schroeder yang mengundurkan diri dari band. Lebih daripada 10,000 penytertaan telah diterima.

Kiki Wong akan membuat persembahan debut bersama Smashing Pumpkins, di Birmingham Utilita Arena pada 7 Jun 2024 di mana konsert tour ini akan turut disertai band Weezer.

Leave a comment