Ulasan Filem VINA: SEBELUM 7 HARI (Edaran Antenna Entertainments)

Vina: Sebelum 7 Hari merupakan sebuah filem yang diadaptasi dari kisah benar yang berlaku di Cirebon, Indonesia. Filem ini mengisahkan tragedi jenayah yang sangat tragis dan memilukan.

Pada bulan Ogos 2016, Vina ditemui meninggal dunia bersama kekasihnya, Eky, di jalan raya dengan kecederaan parah di seluruh badan. Awalnya, keluarga dan pihak polis menganggap kejadian ini hanya sebagai kemalangan biasa. Namun, lama kelamaan, pihak keluarga mulai curiga dan menjalankan siasatan lanjut.

Kawan baik Vina, Linda, kemudiannya dirasuk dan dipercayai oleh arwah Vina. Linda menceritakan keseluruhan kronologi kejadian pada malam itu. Akhirnya, beberapa suspek yang didalangi oleh sekumpulan geng motor ditangkap.

Filem ini mendapat sambutan hangat di Indonesia, walaupun ada netizen yang mengkritiknya kerana dianggap tidak wajar dan tidak menghormati Allahyarham. Namun, keluarga mangsa sendiri memberikan izin untuk pembuatan filem ini. Mereka setuju kerana ketua pelaku suspek ini masih bebas hingga sekarang. Egy, anak anggota polis yang menjadi ketua geng motor kejam, masih belum ditahan.

Babak lakonan semula dalam filem ini menggambarkan ketidakadilan yang dialami oleh Vina. Ketika Vina diseksa dan dirogol oleh sekumpulan geng motor, nampak tragis dan memilukan. Filem ini bukan sahaja mengandungi elemen seram, tetapi juga unsur drama dan dokumentari yang membangkitkan perasaan.

Filem ini memberikan pengajaran terutama kepada kaum perempuan untuk menghentikan buli. Namun, perlu diingat bahawa filem ini tidak sesuai untuk tontonan seisi keluarga.

Secara keseluruhan, penulis memberikan rating 8/10 untuk filem ini. Namun, masih teringat babak kejam yang dilakukan oleh Egy dalam filem ini. Realiti bahawa dia masih bebas di dunia sebenar menimbulkan perasaan geram. Al-Fatihah buat Allahyarham Vina 

Pengarah : Anggy Umbara

Pelakon: Pritt Timothy, Nayla D. Purnama, Gisellma Firmansyah, Lydia Kandou, Delia Husein

Edaran: Antenna Entertainments

Leave a comment