KUALA LUMPUR, 25 Jun 2024 – Selepas kejayaan konsert sebelum ini, penyanyi R&B terkenal, NE-YO, bakal mengadakan konsert solo sekali lagi di Malaysia. Konsert bertajuk ‘NE-YO: Live In Malaysia’ 2024 akan diadakan pada 9 November di Plenary Hall, KLCC. Acara ini dibawakan oleh penganjur Hitman Solutions dan Happymoon.
NE-YO, pemenang Grammy, mengakui rasa terharu dengan sokongan peminat Malaysia yang menyebabkan tiket konsert sebelumnya habis dijual pada hari pertama. Sebagai tanda penghargaan, NE-YO akan mempersembahkan konsert yang lebih bertenaga dan memukau.

Encik Rohit Rampal dari Hitman Group dan Encik Kesavan Purusotman (KC) dari Happymoon menyatakan, “Kita mendapat sambutan yang sangat positif dari peminat melalui media sosial, dan kami berbesar hati untuk memenuhi permintaan mereka. Konsert ini adalah kesempatan untuk peminat menikmati pengalaman R&B yang ikonik.”

NE-YO kini sedang melakukan konsert jelajah di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, dan New Zealand, dan Malaysia telah dipilih sebagai destinasi dalam jelajah Asia.
Tiket untuk ‘NE-YO: Live In Malaysia’ 2024 akan mula dijual pada 26 Jun 2024, jam 10 pagi di www.hitmanlive.com dengan kategori tiket VIP (RM988), DIAMOND (RM648), PLATINUM (RM488), dan GOLD (RM288). Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 012-2655783.
