Live Nation Malaysia dengan berbesar hati mengumumkan bahawa penyanyi ‘hitmaker’ dan pemenang 14 kali Anugerah GRAMMY, Bruno Mars, akan kembali ke Kuala Lumpur selepas 6 tahun pada 17 September 2024, di mana beliau akan beraksi di Stadium Nasional, Bukit Jalil!

Ahli Live Nation boleh menempah tiket lebih awal semasa pra-jualan eksklusif Live Nation pada hari Khamis, 27 Jun dari jam 10 pagi hingga 11:59 malam. Daftar untuk keahlian percuma dan akses pra-jualan di livenation.my/register.


Jualan umum untuk Bruno Mars Live In Kuala Lumpur akan bermula pada Jumaat, 28 Jun dari jam 10 pagi di golive-asia.com. Pakej VIP juga boleh didapati di vip.livenation.asia.. Sila layari livenation.my untuk maklumat pertunjukan, butiran tiket akan tersedia di golive-asia.com
