Indonesian Music Festival satukan Kotak, Ifan Seventeen dan Marcello Tahitoe

Bakal berlangsung pada 24 Ogos di Axiata Arena, Bukit Jalil

Kuala Lumpur, 28 Jun 2024 – Peminat setia kumpulan Kotak, Ifan Seventeen, dan Marcello Tahitoe pasti menantikan persembahan langsung mereka di Malaysian Music Festival yang bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 24 Ogos 2024 (Sabtu), bermula jam 7 malam.

Untuk kali pertama di Malaysia, UnUsUaL Entertainment mempersembahkan Indonesian Music Festival yang menampilkan kumpulan-kumpulan ternama dari Indonesia. Kotak, band rock yang popular dengan lagu-lagu hit seperti ‘Pelan-Pelan Saja’, ‘Masih Cinta’, dan ‘Tendangan Dari Langit’, akan memukau penonton dengan performans mereka yang dinamik.

Ifan Seventeen, yang dikenali dengan lagu emosional ‘Kemarin’, akan menyajikan koleksi lagu-lagu popular Seventeen seperti ‘Cinta Jangan Disembunyikan’ dan ‘Menunggu Kamu’. Setelah peristiwa tragis pada tahun 2018, Ifan kini semakin bersinar dengan bakat vokalnya yang unik.

Marcello Tahitoe, atau lebih dikenali sebagai Ello, vokalis baru kumpulan Dewa 19 sejak tahun 2022, akan menyampaikan lagu-lagu yang menyentuh hati seperti ‘Kisah Kita T’lah Usai’ dan ‘Benci Tapi Rindu’. Ello, yang telah memenangi pelbagai anugerah termasuk Penyanyi Solo Rock Terbaik, akan menggembirakan penonton dengan suara merdu dan lagu-lagu yang memukau.

Tiket untuk acara ini boleh didapati dengan harga bermula dari RM188 hingga RM488 dan akan mula dijual pada 1 Julai di laman web BookMyShow Malaysia. Untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini, ikuti UnUsUaL Entertainment di laman sosial Facebook (https://www.facebook.com/UnusualEntertainment) dan Instagram (www.instagram.com/unusual_ent).

Leave a comment