Dua Penyanyi Popular dari Indonesia Bakal Memukau Peminat di Malaysia dalam Konsert Epik Anjuran Kharisma Music
KUALA LUMPUR, 10 Julai 2024 ā Dikenali sebagai dua bintang paling ‘top’ dari Indonesia, Afgan dan Lyodra akan menghiburkan peminat-peminat setia mereka di Malaysia dalam sebuah konsert yang epik bertajuk ‘ADA AFGAN & LYODRA: LIVE IN KUALA LUMPUR’. Acara ini akan berlangsung pada 28 September 2024 di Megastar Arena, KL, yang dianjurkan oleh Kharisma Music, syarikat penganjur konsert ternama di negara ini.
Sebagai penganjur utama, Kharisma Music bekerjasama dengan jenama kosmetik terkenal tempatan, Alha Alfa, serta rakan penganjur, Intan Gelombang dan Futurace. Segala butiran lanjut akan diumumkan dalam sidang media khas yang bakal diadakan pada bulan Ogos ini.

Jualan tiket akan bermula pada 10 Julai 2024 (Rabu), pukul 12:00 tengah hari melalui laman web www.ticket2u.com.my/afganlyodra. Tiket-tiket dijual dalam kategori tempat duduk yang bernombor, dengan pilihan tempat duduk terbaik untuk setiap kategori yang dipilih oleh pembeli.


Bagi pembeli awal antara 10 hingga 11 Julai 2024, harga ‘early bird’ ditawarkan seperti berikut:
- Pesan Terakhir (RM258, harga biasa RM358)
- Escape (RM338, harga biasa RM438)
- Sang Dewi (RM458, harga biasa RM558)
- Panah Asmara (RM488, harga biasa RM588)
- Ada VIP (RM588, harga biasa RM688)
- Ada VVIP (RM1,288, harga biasa RM1,488)
Pembeli kategori tiket Ada VVIP berpeluang untuk menghadiri sesi ‘meet & greet’, menerima barangan rasmi konsert seperti lanyard, serta menikmati sajian makanan dan minuman ringan.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan konsert ‘ADA AFGAN & LYODRA: LIVE IN KUALA LUMPUR’. Dapatkan tiket anda sekarang!
